Mahkamah Persekutuan menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib.
"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.
Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.
"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.
"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.
Ikuti luahan Imam Hoslan dalam video dibawah.
Sementara itu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.
Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.
Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil. Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan (gambar).
DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.
Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.
"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.
"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya.
Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan Hussin, imam yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim.
Manakala Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada seorang imam, Hoslan Hussain sebagai keterlaluan dan zalim.
Semalam, mahkamah persekutuan menjatuhkan penjara setahun ke atas Hoslan kerana menghina mahkamah, berikutan tindakannya membaling selipar ke arah panel hakim, bulan lalu.
“Hukuman tersebut tidak wajar dan bersifat zalim.
“Kes ini sewajarnya ditangani dengan prinsip belas kasihan, namun Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya,” ujar Surendran dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Hoslan mempunyai tanggungan 7 orang anak dan melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosinya, ekoran kesnya itu telah tertangguh sejak 1999.
Surendran yang juga seorang peguam berkata, mahkamah sepatutnya mempertimbangkan keputusan itu secara adil memandangkan Hoslan juga tidak diwakili peguam dan dinafikan hak membela diri.
“Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda,” katanya.
Menurut Surendran, badan kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik dan membuat keputusan berteraskan moral dan bukan dengan hukuman memenjarakan rakyat.
Justeru beliau menggesa pihak kehakiman merenung kembali kelemahan mereka kerana keyakinan rakyat terhadap institusi itu kini semakin berkurangan.
“Rakyat menganggap pihak kehakiman tidak bebas dan gagal melindungi hak asasi mereka. Kurangnya keyakinan ini bakal mengundang peristiwa sama seumpama insiden melontar kasut baru-baru ini,” ujarnya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/