Peraturan Terbaharu Mengenai Pembantu Rumah Indonesia Perlu Kajian Semula.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan pandangan balas mengenai peraturan terbaharu berhubung dengan kadar gaji minimum pembantu rumah daripada Indonesia seperti yang dilaporkan oleh media hari ini.
Difahamkan bahawa peraturan tersebut antara lain menetapkan seorang pembantu rumah Indonesia yang dilatih khusus perlu dibayar dengan kadar gaji minimum sebanyak RM700 sebulan untuk satu tugas khusus sama ada dalam tugasan tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.
Kenyataan ini, yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, antara lain turut menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia berhubung hal ini.
AMK berpandangan, dasar ini mempunyai ruang yang besar untuk dipertikaikan. Ini kerana kadar tersebut, yakni RM700 untuk satu tugasan spesifik, adalah jelas tidak berkadaran dengan pendapatan isi rumah khususnya golongan muda yang berpendapatan sederhana.
Keadaan kos sara hidup yang semakin meninggi di Malaysia mendesak suami dan isteri keluar bekerja bagi menjamin pendapatan isi rumah keluarga boleh menampung kos sara hidup harian. Justeru, khidmat pembantu rumah ini seakan menjadi satu keperluan khususnya bagi golongan muda berpendapatan sederhana.
Adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan, bagaimana JTF yang ditubuhkan tersebut tidak mengambil kira maklumat-maklumat asas mengenai pendapatan isi rumah majoriti masyarakat di Malaysia dan bandar-bandar utama seluruh negara.
AMK melihat ini berpotensi berlaku atas kegagalan kerajaan untuk melihat isu dan permasalahan sebenar sehingga membawa kepada konotasi yang salah dalam perundingan yang telah dilangsungkan dengan kerajaan Indonesia.
Justeru, AMK melihat wujud keperluan mendesak agar kerajaan memperincikan semula butiran perbincangan yang telah dilakukan dengan kerajaan Indonesia,
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago