SharpShooter Followers

Monday, March 05, 2012

Saya rela merempat dari masuk umno - Khairil Jelutong



KENYATAAN MEDIA BAGI MENJAWAB ISU “KELUAR PARTI 313 ANGGOTA”.

Terima kasih kepada Rakan Media dan Kepimpinan yang saya raikan,kerana sudi hadir dalam Sidang Media yang diadakan pada pagi ini berhubung isu “keluar parti 313 anggota” yang tersebar melalui sms dan FB Turtle Man. Saya yakin dan percaya ada satu usaha terancang yang bersungguh-sungguh di antara beberapa individu,pertubuhan serta ngo tertentu yang bertujuan merosakkan kredibiliti dan kerjaya politik saya.

Saya dapat merasakan semenjak Julai 2011 apabila saya mengadakan program Demi Rakyat di Kampung Kota Giam bermulanya dengan fitnah yang membabitkan saya dengan Kampung Pokok Asam kemudian Surau Al Mukminun Kota Giam, disusuli dengan Rumah 126 A Jalan Tengku, diikuti pula dengan Isu Masjid Jamek Jelutong dan yang terbaru ada usaha terancang untuk menjatuhkan saya dalam PIBG Sekolah Kebangsaan Jelutong. Oleh kerana usaha jahat ini gagal di peringkat setempat, kini muncul sms yang mengatakan ada pemimpin kanan Keadilan dari Jelutong akan keluar parti yang jelas merujuk kepada saya.

Saya juga yakin dan percaya tujuan sms ini hanya untuk menjahanamkan hubungan baik saya dengan kepimpinan tertinggi Keadilan,PAS dan DAP serta rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.

Saya menegaskan dengan penuh keyakinan saya tidak akan sesekali menyertai UMNO Be eNd biarpun saya terpaksa merempat.Sekian terima kasih.

“DEMI RAKYAT UBAH SEBELUM PARAH”

Salam Reformasi,
Khairil Anuar bin Kamarudin
setiausaha Keadilan Cabang Jelutong

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/