JEDDAH: Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.
Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.
Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas beliau menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.
Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.
Polis menyiasat kes itu dan menahan pesalah tidak lama kemudian. – Agensi
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Pemilik Tanah Aina Perlu Akur Dengan Undang-Undang, Tidak Perlu Keluar
Kenyataan Seolah-Olah Dizalimi !
-
*KUANTAN:* Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 53, hari ini
menggesa pemilik Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Puan Sri Shariffa
Sabrina Syed...
11 hours ago