SharpShooter Followers


Thursday, March 22, 2012

Memorandum kepada Agong isu Imam baling kasut

PERHIMPUNAN AMAN 'BEBASKAN IMAM HOSLAN ' DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG

"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Islam dan tatacaranya... Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid,"  - Imam Hoslan Hussin

Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Imam Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan Imam Hoslan Hussin membaling kasut . Hukuman tersebut adalah keterlaluan dan zalim tanpa diasaskan sebarang pertimbangan moral dan perikemanusiaan . Kes yang sepatutnya ditangani dengan penuh kewajaran, belas kasihan dan bijaksana telah gagal dilaksanakan sebaliknya dengan kejam menjatuhi hukuman penjara sehingga sanggup memisahkan beliau dengan 7 orang anak dan isteri .

Tindakan memenjarakan Imam Hoslan Hussin adalah satu tindakan zalim bagi tujuan menutup isu sebenar . Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit. Pendedahan tersebut menyebabkan pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Imam Hoslan dan melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosinya, ekoran kesnya itu telah tertangguh sejak 1999. Isu sebenar telah ditutup dan disembunyikan melibatkan penyelewengan ratusan ribu RM oleh pentadbir Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan oleh Imam Hoslan Hussin yang pernah dilaporkan.

Justeru atas prinsip keadilan dan keperihatinan , JINGGA 13 bersama Dewan Pemuda PAS Pusat , Angkatan Muda Keadilan Malaysia,Wanita PKR Pusat, Pemuda DAP, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) , Anwar Ibrahim Club , Soladiriti Mahasiswa Malaysia dan beberapa NGO serta NGI menganjurkan PERHIMPUNAN AMAN 'BEBASKAN IMAM HOSLAN' DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG pada 24 Mac 2012 bertempat di Masjid Wilayah , Kuala Lumpur , jam 2.00 petang selepas solat zohor dengan bertemakan warna HITAM DAN PUTIH .

Perhimpunan aman tersebut juga akan turut berarak daripada Masjid Wilayah ke Istana Negera bagi tujuan menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong agar diberikan pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman agar Imam Hoslan dikembalikan ke pangkuan keluarga yang sedang bersedih menanti kepulangan beliau.

Perhimpunan aman tersebut akan dihadiri oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO serta akan turut disertai oleh isteri dan anak-anak Imam Hoslan Hussin .

Kami merayu agar seluruh rakyat Malaysia yang perihatin dan bersimpati terhadap Imam Hoslan Hussin dan ahli keluarga beliau untuk turun beramai-ramai ke perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong tersebut di Masjid Wilayah dan bersama-sama ke Istana Negara sebagai tanda soladiriti terhadap pembebasan dan perjuangan Imam Hoslan Hussin.

BEBASKAN IMAN HOSLAN!

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai..
.Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/