KEWiBAWAAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus dipersoal gara-gara tidak menyiasat beberapa blogger mesra Umno yang didakwa mengfitnah keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng.
Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari (kiri) berkata, tiada siasatan ke atas PapaGomo, Umno-Online dan Pisau.net seakan mencerminkan bahawa SKMM cuba untuk melindungi blogger mesra Umno berkenaan.
"Adakah SKMM sedang 'cuci tangan', tidak mahu siasat aduan yang saya buat sebelum ini," ujarnya pada sidang media media di Komtar, Gerge Town.
Mengulas mengenai surat maklum balas SKMM bertarikh 20 Februari lepas yang diterima, Zairil berkata, suruhanjaya itu seakan cuba berdolak dalih demi melindungi tiga blogger mesra Umno tersebut.
Surat SKMM (kanan) yang didedah itu antara lain menyebut, "Untuk makluman Tuan, siasatan kes ini telah dilakukan oleh PDRM dan dibantu oleh SKMM. Pihak kami tidak akan menjalankan siasatan memandangkan kes ini adalah sama."
Tinjauan Nota Kecil mendapiti, surat SKMM itu dkeluarkan atas nama Pemangku Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Keselamatan Digital SKMM, Eneng Faridah Iskandar.
Maka, Zairil mempersoal jawapan maklum balas surat SKMM itu.
"Laporan polis disiasat oleh polis. Laporan SKMM disiasat oleh SKMM di bawah (Seksyen 211) Akta Komunikasi dan Multimedia (1998).
"Adakah kes ini sedang disiasat (oleh) SKMM? Jika masih disiasat, siasatan atas akta apa?" soal beliau.
Justeru, beliau berkata, pihaknya telahpun mendesak maklum balas susulan daripada SKMM mengenai surat tersebut.
Bercakap pada sidang media yang sama, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wai Aik ti turut mempersoal dolak-dalih SPRM dengan merujuk pada surat tersebut.
"Mengapa SKMM harus bergantung pada siasatan pihak polis sedangkan ia (SKMM) adalah suruhanjaya yang lebih berkuasa?
"Adakah blogger-blogger Umno ini boleh begitu bermaharajalela sehingga SKMM memang tidak boleh buat (menyiasat) apa-apa?" soal beliau.
10 Ogos tahun lepas, satu laporan polis dibuat mengenai sesawang Umno-Online mengfitnah anak lelaki Lim Guan Eng kononnya mencabul kehormatan pelajar perempuan sesekolah sebelum Guan Eng sendiri menyogok RM200,000 kepada juvana berkenaan untuk berdiam diri.
Pelajar perempuan yang dikesan kemudiannya sebagai Anya Corke bagaimanapun telah menafikan fitnah tersebut serta mengaku tidak pernah sama sekali bertemu Guan Eng hatta anak ketua menteri itu.
Dilaporkan, Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Guan Eng turut menolak laporan fitnah tersebut.
Zairil berkata, beliau turut membuat aduan SKMM selepas PapaGomo pada 7 Februari lepas menyiarkan artikel fitnah berjudul "Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL - Ibrahim Ali".
"Dalam artikel fitnah itu, PapaGomo menyindir: 'Psssttt..Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetak... Memang SIAL'," ujar Zairil.
Justeru, Zairil dan Wai Aik mempersoal kewibawaan SKMM dalam memerangi jenayah siber serta budaya pornografi yang digalakkan oleh blogger-blogger mesra Umno berkenaan.
"SKMM tidak boleh mengesan blogger-blogger Umno seperti PapaGomo mungkin kerana mereka ini masih di dalam kapal selam (Scorepene), maka SKMM tidak boleh mengesan mereka," sindir Wai Aik. -END
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Dr Na'im tidak perlu lemah semangat..
-
*SUSUPAN MALAM*
*Dr Mohd Na'im*PEMBENTANGAN untuk bacaan kedua dan ketiga RUU Mufti
Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024 yang dikenali dengan RUU Mufti antar...
7 minutes ago