SharpShooter Followers


Tuesday, March 13, 2012

@milosuam dedah Jingga 13 terjah SPRM dan Shangri-La

Setelah membuat laporan kepada SPRM, Jingga 13 akan TERJAH Shangri-La Hotel untuk mendapatkan penjelasan isu Najib-Rosmah menggunakan wang rakyat untuk membayar majlis pertunangan anak perempuannya yang bernilai RM409,767.

Rakan-rakan media dijemput bersama pada hari ini 13 Mac 2012 jam 12.30 tengahari bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak hotel yang bertanggungjawab menganjurkan majlis itu.

Muafakat.Prihatin. Berani

DK Vicky
Setiausaha
Jingga 13

MiLo SuaM dedah dokumen JPM biaya tunang anak Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak masih tidak menafikan satu dokumen yang mendedahkan majlis pertunangan anak perempuannya menggunakan duit akaun kerajaan atas nama perdana menteri.

Demikian pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam di blog mesra PKR, Milo Suam.

Dokumen lapan muka yang dicop rasmi Hotel Shang Ri La Kuala Lumpur itu mendedahkan, perbelanjaan tunang Nooyana Nazwa, 22, dengan anak pembesar Kazakhstan berama Daniyar Nazarbayev yang berlangsung kira-kira 2 jam dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jumlah keseluruhan perbelanjaan melalui JPM adalah sejumlah EM409,767.


Semalam, Malaysiakini melaporkan, majlis petunangan mewah itu diadakan pada 17 Jun tahun lepas di Kompleks Perdana Putera.

Rafizi pada satu kenyataan media berkata bahawa perbelanjaan keluarga Najib itu menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi".



NGO Jingga 13 telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kerajaan membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pasangannya di Seri Perdana.

Laporan, itu juga menamakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia mendakwa bahawa RM409,767 wang rakyat digunakan pada majlis tertutup yang diadakan pada 17 Jun tahun lalu yang dihadiri oleh pembesar negara , tokoh-tokoh terkenal dan sahabat taulan perdana menteri dan isteri beliau.

NONEKetua Jingga 13, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam petang ini.

"Kami dedahkan semua dokumen berkaitan, khususnya Borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang dikeluarkan di atas nama Pejabat Perdana Menteri.

"Kami harap bahawa SPRM akan menyiasat dokumen itu dengan bersifat telus dan profesional dan jika perlu mendakwa Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah-gunakan kuasa," kata Fariz.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana majlis swasta itu boleh dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat.

"Jingga 13 mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan anak perempuan yang bersifat peribadi sejumlah RM409,767 ditanggung oleh rakyat Malaysia?

"Sejumlah RM 18,792 untuk kos jamuan VIP seramai 36 orang yang bernilai RM522 seorang, RM309,975 bagi kos jamuan tetamu seramai 862 orang dan kos pengendalian ialah RM81,000," kata Fariz.

NONEDokumen yang menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri membuat pesanan untuk majlis itu, pertama kali didedahkan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, JPM menafikan bahawa dana awam digunakan untuk membiayai jamuan yang diadakan di Shangri-la Hotel itu.

Rafizi turut mendesak Najib supaya membuktikan bahawa perbelanjaan untuk majlis berkenaan ditampung daripada kocek beliau sendiri.

Anak perempuan Najib dan Rosmah, Nooryana Najwa bertunang dengan seorang warga Kazakhstan pada 17 Jun 2011 dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/