SharpShooter Followers

Wednesday, March 07, 2012

Ku Li bakal bertanding tiket PAS di Gua Musang?

Pas Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket Pas ketika diminta mengulas kenyataan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu bertanding calon Bebas di Gua Musang sekiranya tidak dicalonkan BN.

“Pas Kelantan tidak ada masalah dengan beliau terutama soal tuntutan royalti yang jelas dia begitu konsisten. Dari segi itu kita ada persamaan dan dulu pun kita pernah bekerjasama melalui Semangat 46, jadi kalau PRU ini ada perbincangan (untuk bersama), bukan sesuatu yang pelik,”katanya.

Pas Kelantan mungkin menolak Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani,” katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mempertimbangkan samada kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/