Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini ingin memberi respon terhadap polemik perletakkan jawatan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012 seperti yang diumumkan hampir semua media cetak dan elektronik serta portal-portal media.
AIC percaya semua ini adalah polemik semata-mata kerana sebenarnya tarikh 8 April 2012 itu adalah tarikh akhir penggal bagi jawatan Senator yang dilantik oleh Dewan Negara, yang sekaligus memberi ruang kepada Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjawat jawatan Menteri penuh berikutan kekalahan beliau pada Pilihanraya Umum ke 12.
AIC membidas laporan-laporan akhbar pro kerajaan yang menjadikan tempoh tamat tugas Senator ini sebagai satu ‘pengorbanan’ oleh Shahrizat Jalil, sedangkan isu sebenar penyelewengan wang rakyat untuk Projek Fitlot Kebangsaan bernilai RM 250 juta tidak pula dihebahkan. Malah penafian Shahrizat bahawa ‘perletakkan jawatan’ ini bukan kerana kaitan NFC adalah sama sekali lemah kerana sebagai seorang isteri dan ibu kepada ahli lembaga pengarah NFC, amatlah mustahil beliau tidak mengetahui segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh NFC terhadap wang rakyat itu.
AIC ingin mempersoalkan jika benar Shahrizat tidak tahu hal keluarga sendiri, maka atas kriteria apakah pemilihan beliau sebagai Menteri yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Maka ini meyakinkan kita bahawa bukan sahaja penyelewengan wang rakyat berlaku, tetapi kerajaan berniat juga membodoh-bodohkan pemikiran dan menghina rakyat dengan cubaan mengelirukan fakta sebenar.
AIC mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap keluarga Menteri terbabit dan bukan setakat mengkambing hitamkan sesetengah pihak dalam NFC. Sebagai sebuah pertubuhan anak muda, AIC tidak mahu terus menerus sistem perundangan diperolok-olokkan hanya demi menjaga kelangsungan sebuah parti tua seperti Umno BN yang jelas telah mengkhianati amanah rakyat.
AIC percaya seluruh rakyat terutama anak muda telah bersedia untuk menghukum kerajaan yang jelas mengamalkan korupsi dan penyelewengan. Anak-anak muda memerhatikan isu dan polemik ini dengan penuh rapat dan minat. Sebarang usaha memperbodoh-bodohkan pemikiran anak muda pasti akan mendapat balasan setimpal dan negara telah bersedia untuk menggantikan rejim korup dengan sebuah negara yang lebih adil dan bersih.
Justeru, isu ‘perletakkan jawatan’ ini tidaklah seharusnya menjadi peristiwa besar mahupun menjadi medan mengenang ‘jasa’ Umno BN, tetapi tindakan lanjut perundangan untuk menghukum semua pesalah penyelewengan ini adalah lebih dinanti-nantikan sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang beria-ia ingin melaksanakan transformasi, iaitu istilah bagi sesuatu yang cuma bersalin kulit diluar, isi dalamnya tetap sama.
Generasi Penggerak Zaman
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Temerloh Dan Bera Menjadi Daerah Terbaru Dilanda Banjir, Empat Pusat
Pemindahan Sementara Dibuka
-
*TEMERLOH: *Temerloh dan Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan
empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 39 mangsa
daripada t...
9 hours ago