Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata kedua-dua parti itu telah bertemu dan bersetuju untuk mencadangkan Lim mempengeruskan mesyuarat bulanan pakatan pembangkang di negeri ini.
"Mesyuarat tersebut adalah sebagai faktor penting bagi Pakatan Rakyat memenangi (pentadbiran) peringkat persekutuan. "Lim telah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas pertemuan pemimpin PKR negeri dengan Lim di sini Selasa ini.
Zahrain berkata beliau akan turut mendapat persetujuan pemimpin PAS negeri sebelum membuat sebarang pengumuman lanjut mengenai cadangan itu.
Mengenai pemecatan anggota PKR, Johari Kassim sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Zahrain berkata PKR dan kerajaan negeri telah berbincang mengenai perkara itu dan beliau bercadang bertemu Johari tidak lama lagi.
Johari dipecat setelah mengetuai lapan ahli MPSP dari PKR memboikot majlis angkat sumpah pelantikan presiden MPSP awal bulan lalu. BERNAMA
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/