SharpShooter Followers

Monday, May 03, 2010

Adakah anda fikir semua media bebas?



Kira-kira 30 aktivis mengadakan protes ringkas KLCC hari ini bagi memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang akan disambut esok.

flash mob read newspaper upside down 020510 08Anjuran Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), mereka berkumpul di kawasan air pancur di KLCC untuk membantah campurtangan politik dalam media dan mendesak supaya kebebasan akhbar dipertahankan.

Sambil duduk di atas anak tangga KLCC Suria Mall, mereka menyatakan bantahan dengan 'membaca' akhbar arus perdana secara terbalik.

Selain memprotes "pembohongan, campurtangan politik, pemilikan politik, dan putarbelit" dalam akhbar-akhbar berkenaan, mereka juga menyatakan sokongan kepada Joshua Wong dan Chou Z Lam - wartawan televisyen yang dikatakan menjadi mangsa campurtangan politik.

flash mob read newspaper upside down 020510 wong chin huatKumpulan tersebut yang turut mewujukan halaman Facebook dan menamakan dirinya 'Flashmob for Press Freedom', telah menarik perhatian orang ramai dan pelancong sebaik sahaja duduk di situ dengan memegang akhbar dan menjadi sasaran jurugambar.

"Dengan membaca akhbar arus perdana secara terbalik, kita cuba mengingatkan orang ramai supaya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, kerana kita sering tidak dapat maklumat yang betul dari media arus perdana," kata presiden Wami, Wong Chin Huat (kanan) kepada pemberita.


Aktivis Wong Kieng Maen pula berkata beliau menyertai protes hari ini untuk menyuarakan sokongannya terhadap kebebasan akhbar.

"“Ramai rakyat Malaysia yang tidak berani bersuara. Jika apa (yang hendak kita kata) itu betul, kita mesti bersuara," katanya.

flash mob read newspaper upside down 020510 umno youth mohd   hishamuddin yahyaSementara itu, sekumpulan kira-kira 20 anggota Pemuda Umno yang diketuai oleh seorang yang mengenal dirinya sebagai Hishamuddin Yahya (kiri), muncul di situ sambil membawa salinan akhbar rasmi PAS, Harakah and akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan.

Katanya, akhbar pembangkang juga memutarbelitkan kebenaran, manakala akhbar media arus perdana pula menyiarkan laporan yang lebih baik.

"Apa mereka (pembangkang) mahu? Mereka tidak adil kepada media arus perdana," katanya Hishamuddin kepada pemberita.

Sementara itu, bekas Pengarang Utusan Melayu yang membantah pengambilalihan Umno terhadap akhbar berkenaan pada era 70-an, Said Zahari menyifatkan kebebasan media di negara ini mati.

Beliau menyifatkan ia petanda jelas kemerosotan amalan demokrasi di Malaysia lantaran kebebasan media adalah antara elemen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.

Said Zahari mentakrif kebebasan media sebagai keupayaaan sesebuah media menyampai maklumat atau suara masyarakat tanpa kawalan atau pengaruh pihak tertentu secara langsung mahupun tidak langsung.

Namun, Said Zahari berpendapat kebebasan media sudah tidak ada lagi di Malaysia malah kesal kerana media tempatan kini dikongkong parti politik mahupun kerajaan pemerintah.

Hal ini menyebabkan media tidak lagi mampu menyalur malumat yang tepat dan benar kepada rakyat.

"Kebebasan media tidak ada di Malaysia. Sudah mati. Apabila suratkhabar dipunyai parti politik dan dikuasai orang yang berkaitan dengan pemerintah, maka kebebasan tiada. Mereka tidak boleh tulis sesuka hati, kena ikut arahan majikan," katanya.

Said Zahari menyalahkan pelbagai akta berkaitan media di malaysia yang digubal bagi membatas kebebasan media hingga akhirnya pengarang lebih selesa mematuhi telunjuk pimpinan kerajaaan pemerintah.

"Sekarang banyak akta yang mengongkong percetakan, buku. Yang zaman saya tak ada. Bila ada akta ini, ia mengongkong pengamal media kerana tidak boleh menulis ikut keperluan.

"Tapi ikut dasar kerajaan atau tuan punya suratkhabar itu, yang terdiri daripada ahli politik bermakna tak ada kebebasan yang tulen," katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/