SharpShooter Followers

Monday, May 03, 2010

Blogger terkaya...

Pas mencabar Kickdefella untuk membuat laporan Polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukkan pimpinan Pas mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda dalam isu RM4 juta.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, Pas tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella atau Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.


”Beliau kini terdesak untuk kembali bersama UMNO yang baru-baru ini sanggup membayar RM77 juta kepada Apco Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Sebelum ini, Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Idris berkata, Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat.
”Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah.

Pas sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini,” katanya.
Menurutnya, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan Pas Kelantan, namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan.

Sementara itu, utusan melaporkan Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.

Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.

Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.

“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.

Dunia...dunia...macam-macam cara nak kaya dan glamour..bila ajal sampai...kain putih saja yang kita bawa...laptop nak update blog pun kita tak bawa bersama walaupun kita percaya "live after death"...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/