SharpShooter Followers

Monday, May 17, 2010

Selamat hari Ibu dan Guru


Inilah Ibuku..guru pertamaku....Pengorbanan ibu memang tiada gantinya. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya sebagai seorang manusia, akan tetapi mereka mahukan kasih dan sayang anak-anaknya.

Apalah guna wang dan ringgit jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu tanpa penat dan lelah membesarkan anak-anaknya. Dari kecil kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang umpama minyak yang penuh, komited dan penuh dedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu.

Inilah dia ibu, memberi cinta tanpa syarat, memberi kasih sayang tanpa diminta.

Pepatah ada berkata seorang ibu seorang boleh menjaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Pepatah ini ada benarnya, di saat dunia yang semakin pesat membangun, kita disibukkan dengan urusan dunia dan kadangkala kita lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa apatah lagi kepada tuhan yang menjadikan. Jangan lupa sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Abadikan kasih ibu...jagalah hatinya sementara Ibu masih ada....Selamat Hari Ibu dan Guru buat Ibuku...




Apabila Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam ditanya mengenai tanda-tanda berlakunya kiamat, dan salah satu dari jawapan baginda adalah apabila hamba-hamba melahirkan tuan (anak derhaka) berlaku.

Untuk itu aku bermohon kepada Allah agar aku tidak digolongkan dalam golongan hamba-hamba yang melahirkan tuannya dan untuk ibu, maafkan kesalahan dan silap anakmu ini.

Buat ayah yang telah pergi buat selamanya...Semoga roh ayah tenang dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...amin...Al-Fatihah...



Buat Cikgu Yusoff Penang Free School yang saya hormati...Jasamu ku kenang...Semoga Cikgu sentiasa sihat dan ceria selalu...Selamat Hari Guru...


Inilah wajah terbaru Cikgu Pak Berahim Penang Free School yang ku hormati...Cikgu Pak Berahim inilah yang mula memanggilku Din Binjai semasa di sekolah. Semoga cikgu sihat sejahtera hendaknya....Selamat Hari Guru...


Akhir sekali buat semua cikgu serta guru-guruku..Selamat Hari Guru..jasamu ku kenang....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/