SharpShooter Followers

Friday, May 14, 2010

Akhbar Melayu gelapkan berita judi

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh Umno tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Tindakan Utusan Malaysia dan Berita Harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.

“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat, khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional. Yang tinggal saki bakinya masyarakat Melayu-Islam.

Jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan Umno. Ini sebabnya Umno tidak memberitahu rakyat mengenai lesen perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Kabinet.

"Ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Nizar Jamaluddin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.

“Sebahagian ini, pulangan kepada tabung dana untuk Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya syak inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil rakyat sama ada di peringkat DUN dan sebagainya.

"Saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli Adun dan Ahli Parlimen yang melompat," katanya.

* Dari dulu kini dan selamanya umco akan perbodohkan Melayu..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/