Barisan Nasional bergembira apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak baru-baru ini dilaporkan berkata Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan jika seorang lagi ahli ADUN meninggalkan Pakatan Rakyat.
Menurut beberapa pemimpin Kedah BN, pilihan raya negeri mungkin diadakan pada bila-bila masa kerana Pakatan kini menghadapi masalah berikutan pergeseran dalaman di kalangan parti-partinya.
Ketua Pemuda Umno Alor Star, Zubir Zabidi berkata "mood rakyat sekarang bersedia untuk satu lagi pilihan raya kerana kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri sekarang”.
Zubir bagaimanapun menafikan sebarang usaha daripada BN untuk 'merasuah' ahli parlimen dan adun Pakatan.
Sebaliknya, menur
"Persoalan merasuah tidak timbul kerana mereka bukan menyertai BN atau Umno, tetapi menjadi ahli Bebas dan ia tidak kena mengena dengan kami,” kata Zubir ketika diwawancara melalui telefon.
Azizan pada 19 April lalu, memberi amaran bahawa beliau akan membubarkan dewan undangan negeri Kedah jika lebih ramai ADUNnya, khususnya dari PKR berpaling tadah.
Setakat ini, PKR masih mempunyai tiga perwakilan - Tan Joo Long @ Tan Chow Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim), semua mereka juga adalah exco kerajaan negeri.
Bagi Zubir, beliau yakin rakyat Kedah akan memilih BN berbanding Pakatan dan meletakkan kekalahan pada pilihan raya 2008 di atas bahu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa lemah.
"Tetapi kali ini, di bawah kepemimpinan baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita sudah bersedia bagi mendapatkan kemenangan untuk BN,” katanya.Sehingga kini kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.
Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.
Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.
PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat 22 Mei depan.
Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam.
Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka. "Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.
Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut. "Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.
Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat. Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi. Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat dua wakil rakyat Bebas.
Manakala mahkamah mengiystiharkan kerusi Kota Siputih dan kini BN dalam prose membuat rayuan. Diminta mengulas lanjut berhubung mengenai desas desus isu lompat di kalangan ADUN PAS termasuk exco PKR itu, Muhamad Yusof berkata tidak timbul wakil rakyat PAS untuk berbuat demikian.
Ini kerana, katanya yang juga seorang senator menjelaskan mereka masih setia dan berjanji dengan perjuangan parti. "Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.
Menurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak. "Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan.
Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya. Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya.
* Dun Kedah Bubar bukan lagi rahsia. Semoga Paktan Rakyat bertambah kuat dan calon-calon terutamanya PKR wajib ditapis dengan lebih berhati-hati bukan yang pandai bodek Kak Wan dan Anwar sahaja.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/