SharpShooter Followers

Friday, May 07, 2010

Judi bola halal - umco

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


* Kalau tidak beri lesen judi pun mereka berjudi juga. Jadi lebih baik beri lesen judi, kerajaan UMCO dapat juga duit untuk tampung kos sukan negara.

Kalau macam tu, eloklah juga kerajaan umco beri lesen rogol sebab kalau tak beri pun kes rogol berlaku juga dan bertambah meningkat.


Kontijen 2006 2007 2008
Perlis 28 27 40
Kedah 221 313 313
Pulau Pinang 115 161 177
Perak 183 226 234
Selangor 421 562 640
Kuala Lumpur 142 221 184
Negeri Sembilan 103 153 194
Melaka 125 139 130
Johor 343 473 534
Pahang 143 194 206
Terengganu 127 130 136
Kelantan 152 167 246
Sabah 199 196 231
Sarawak 129 136 149
Jumlah 2431 3098 3414


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/