SharpShooter Followers

Monday, May 17, 2010

Jangan campur isu pasir..you mati...

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa menerima ancaman bunuh terhadapnya.

Menurutnya, kertas bertulis "Jangan campur isu pasir. You mati" yang diikat pada beg plastik mengandungi cat merah yang disimbah pada keretanya dan kereta isterinya, lapor Star Online.

Laporan itu memetik Manikavasagam sebagai berkata, tiga beg berisi cat merah itu dibaling dari luar ke arah dua kereta yang terletak di dalam kawasan rumahnya.

Kertas yang mengandungi nota ancaman bunuh itu diikat pada salah sebuah beg plastik berkenaan.

Menurutnya lagi, beliau ternampak kereta yang disimbah cat tersebut pada kira-kira jam 7 pagi selepas bangun pagi.

Laporan itu menyebut, Manikavasagam percaya kejadian itu berlaku selepas ibunya mertuanya masuk tidur kira-kira jam 4 pagi.

Sementara itu Bernama melaporkan Manikavasagam berkata bahawa ini merupakan kejadian pertama sepanjang 10 tahun beliau terlibat di dalamdunia politik dan "saya percaya ia ada kaitan dengan isu pasir yang saya dedahkan".

Menurutnya, kejadian ini tidak akan melemahkan semangat beliau untuk mendedahkan isu penyelewangan pasir yang didakwa melibatkan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir di Selangor.

Sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa Manikavasagam telah membuat laporan polis di Balai Polis Meru selepas menerima ancaman bunuh terhadap beliau dan keluarganya Jumaat lepas.


Manikavasagam membuat laporan polis mengenai kegiatan rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Rabu lalu selepas beliau diminta oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian.


Pada pagi hari yang sama beliau bertemu Abdul Khalid untuk mengemukakan aduan rasmi dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan dakwaan itu.

Berikutan laporan yang dibuat kepada Abdul Khalid, kerajaan Selangor telah merujuk dakwaan rasuah itu untuk disiasat oleh Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Selangor (SELCAT).

Sementara itu, pemangku Ketua Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati lebih daripada seorang disyaki menyimbah cat di kediaman dan kereta milik Manikavasagam pada awal pagi tadi.


Beliau juga mengesahkan terdapat nota berbau ugutan yang ditemui bersama salah satu daripada tiga bungkusan plastik yang diisikan cat oleh mereka yang melakukan perkara itu.


Omar berkata kejadian ini disiasat di bawah Seksyen 427 dan 507 Kanun Keseksaan.

* Apakah yang tersirat sebenarnya di sebalik kejadian itu....Siapakah sebenar dalangnya..

UMNO cuba menaguk di air yang keruh dalam isu ini. Media arus perdana cuba menggambar seolah-olah MB Selangor cuba menyembunyikan skandal tersebut.

Sepatutnya MB Selangor kena tubuhkan "Badan siasatan bebas" seperti di P.Pinang sewaktu saya bongkarkan kes kuari.

Akhirnya kerajaan P.Pinang memperolehi 6.1 juta hasil siasatan penyelewengan kuari.

MB Selangor kena bertindak bukannya buat sidang akhbar dan bercakap yang boleh memberi ruang UMNO BN menyerang Pakatan Rakyat.

AMK Selangor juga kena berperanan untuk membantu selesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun diharapkan SELCAT dapat bertindak segera untuk selesaikan isu ini. Jangan biarkan ia berlarutan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/