SharpShooter Followers

Thursday, May 13, 2010

Bayangkan betapa busuknya Sialful..main bilas je...

Saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat.

Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.

Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Selepas Saiful selesai membaca laporan Malaysiakini yang agak panjang itu,

Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul?

Saiful menjawab: “Ada kesilapan bila saya kata ini kali pertama saya diliwat. I silap interpret soalan.." Berikut transkrip wawancara Malaysiakini dengan Saiful.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful
: Ya, pertama kali. Karpal kemudiannya terus mengasak Saiful.

Karpal: Adakah bahagian lain artikel itu betul?

Saiful
: Jangan ugut saya.

Karpal
: Yang lain benar? Mengapa awak begitu takut?

Saiful
: Saya tidak boleh mengesahkan ia betul. Saya tidak boleh mengesahkan artikel itu 100 peratus betul.

Berikut beberapa sedutan perbicaraan selepas itu.

Karpal: Awak mandi pada Jun 26?

Saiful: Saya mandi pagi.

Karpal: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Saiful: Saya bilas.

Karpal: Kenapa tak cuci?

Saiful: Saya mahu simpan bukti.

Karpal: Kenapa tak buat laporan polis masa 26 haribulan?

Saiful: Tidak.

Karpal: 27 haribulan, kenapa tak 'lodge report'?

Saiful: Saya takut ia akan 'affect' masa depan saya.

Karpal kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/