Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan laporan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dibuat kepada polis.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, beralasan walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.
Hakim juga berkata pihak pendakwaraya mempunyai kuasa untuk menentukan mana- mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.
Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bingkas membantah dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.
Suasana menjadi kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah apabila Karpal mendakwa pihak pendakwaraya sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonannya hari ini.
Ini kerana pendakwaraya sudah bersedia untuk meneruskan perbicaraan.
Natijahnya Karpal berdepan dengan kemungkinan dikenakan tindakan kononnya menghina mahkamah.
* Pengakuan Sialful dalam mahkamah "saya tidak bersolat MUNGKIN kerana saya telah diliwat"...
Maknanya Sialful pun tak pasti samada dia diliwat atau tidak...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
7 hours ago