Dalam pertandingan tiga penjuru termasuk seorang calon Bebas, Wong memperolehi undi sebanyak 18,845 undi berbanding lawan terdekat beliau, Lau yang mendapat 18,447 undi.
Calon Bebas, Narawi haron hanya mencapai 232 undi semantara 396 undi ditolak.
Dalam sidang media pertama beliau sejurus bergelar Ahli Parlimen bandar Sibu, Wong berkata kemenangan PRK Sibu mempunyai makna yang amat besar dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.
"Kemenangan kecil kita di Sibu adalah langkah yang lebih besar untuk kita menawan Putrajaya. Hari ini rakyat Sibu dan Sarawak mencipta sejarah ke arah perubahan yang kita perkatakan semasa kempen pilihan raya ini.
"Ini merupakan pencapaian yang amat besar memandangkan kita berdepan dengan kekuasaan Barisan Nasional yang mengerunkan tetapi akhirnya rakyat telah bersuara dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan Pakatan Rakyat mewakili dan memperjuangkan hak dam masalah mereka di Sibu.
"Ia juga memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat kini sudah sedar mengenai kepincangan pentadbiran BN samada di Sarawak mahupun di seluruh Malaysia yang menolak kepimpinan Perdana Menteri," kata Wong di Dewan Suarah Sibu.
Sebelum itu pegawai pilihan raya, Wong See Meng mengumumkan kemenangan Wong tepat pukul 10.57 malam.
Kira-kira 5,000 penyokong menunggu dengan sabar keputusan yang sepatutnya diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.
Walau bagaimanapun disebabkan masalah pengiraan undi pos yang mendapat bantahan daripada Wong, peti undi pos hanya tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu hanya pada pukul 10.35 malam.
Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan diikuti oleh Wong serta Ketua Menteri Pulau Pinang menandakan kemenangan Pakatan Rakyat yang ditunggu-tunggu.
Isteri Wong, Irene Chang menyifatkan kemenangan suaminya sebagai bukti kukuh rakyat Sibu mahukan perubahan.
"Kita telah bekerja keras sepanjang kempen dengan membawa mesej perubahan dan saya banga rakyat Sibu menerima dengan baik perubahan yang ingin kita bawa.
"Kami akan bersama-sama bekerja kuat membantu suami saya mengotakan segala janji yang kami telah buat kepada rakyat Sibu," kata Irene.
Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di sini malam tadi.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata agen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai-pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.
Ekoran itu, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti tersebut, katanya kepada Bernama serta Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
"Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu agen parti," katanya.
Ekoran itu, keputusan pilihanraya kecil tersebut hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng kira-kira pukul 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada pukul 9 malam.
Calon DAP, Wong Ho Leng, memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.
Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi.
Abdul Aziz juga kesal dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang dari luar Sarawak, yang menurutnya tidak menghormati peraturan semasa berada dalam dewan penjumlahan undi.
"Mereka cuba menunjukkan mereka boleh membuat apa sahaja tanpa perlu mengikut peraturan dan ini tidak baik dan tidak harus ditunjukkan kepada orang tempatan di sini yang tinggi semangat hormat-menghormati," katanya.
Secara keseluruhan, Abdul Aziz berkata pilihanraya kecil di Sibu boleh disifatkan antara yang terbaik berbanding pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.Manakala Akhbar Utusan muka depan langsung tiada berita kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat.
Cuba kalau BN menang....tajuk utama pastinya 'DAP rebah di Sibu'.
Muhyidin berkata PKR Parti Kian Rebah tetapi terbalik akhirnya BN yang rebah di Sibu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/