SharpShooter Followers

Tuesday, May 18, 2010

Tender terbuka Padang Kota Lama

Kerajaan Negeri di bawah Majlis Mesyuarat Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan kini mula membuka tender kepada kontraktor yang berminat untuk mengurus tadbir Kota Fort Cornwallis.

Pengerusi Jawatankuasa, Danny Law Heng Kiang berkata, bermula April 2010 kerajaan negeri telah mengambil alih buat sementara waktu pentadbiran di lokasi pelancongan popular itu.

Menurutnya, tempoh ambil alih sehingga kini dipastikan sehingga enam bulan sahaja dan menanti kontraktor tempatan mahupun syarikat luar negeri yang berminat boleh menghubungi ke pejabatnya.

“Dalam tempoh pihak kami mengambil Fort Cornwallis sebagai ‘anak angkat’, Kerajaan Negeri juga membuka peluang sewaan lokasi Kota Fort Cornwallis kepada badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan juga institusi pendidikan.

“Setiap satu sewaan akan dikenakan RM2,500 manakala harga tambahan untuk pembersihan sampah ialah RM100,” katanya selepas merasmikan program kebudayaan satu minggu sekali di Fort Cornwallis, “ katanya.

Danny memaklumkan harga sewaan yang dikenakan juga berpatutan kerana ia terletak di kawasan pelancongan tambahan lagi banyak syarikat korporat dan luar negara yang mahu membuat pelbagai aktiviti di sana.

Dalam masa yang sama, harga tiket juga telah dikurangkan iaitu kanak-kanak RM1 dan dewasa RM2 sahaja, berbanding sebelum ini harga tiket yang dikenakan agak tinggi dan mempengaruhi kadar pengunjung ke situ. Tetapi, bagi pihak sekolah yang ingin membuat lawatan akan diberi masuk secara percuma.

Danny berkata, seiring dengan menaikkan semula nama Kota Fort Cornwallis, Kerajaan Negeri juga membuka peluang kepada penduduk Pulau Pinang dan orang luar untuk mengisi lokasi tersebut dengan cerita dan gambar-gambar lama tempat bersejarah itu.


Menurutnya, tapak berkenaan masih lagi kosong dan hanya tersedia dengan monumen- monumen lama yang keras dan kaku tanpa penceritaan sejarah yang sebenarnya.

“Jadi, untuk memberi maklumat yang lebih tepat dan berkesan, kami pelawa anda yang mempunyai banyak maklumat mengenai tempat ini.

“Anda boleh menghubungi kami di talian 046505136 ataupun talian 24 jam iaitu 0164110000,” katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/