SharpShooter Followers

Thursday, May 20, 2010

Masalah rakyat Dun Bukit Tengah akan diselesaikan segera.

20 Mei 2010 - Pagi ini sharpshooter membawa Penghulu Fuad dan pembantunya meninjau masalah dan aduan rakyat. Turut bersama adalah Gobi dan Tamby ahli JKKK Bukit Tengah/Kebun Sireh.

Lokasi pertama di Kg Permatang Batu, Simpang Empat yang mengalami masalah banjir. Penduduk memohon supaya jalan kampong diturap semula dan parit berhampiran projek landasan keretapi berkembar diperbesarkan.

Pengerusi JKKK(P) dari Gerakan turut hadir.

Kemudian ke Kg Bersatu, Bukit Tengah. Penduduk juga mahu jalan tar kampong diturap semula kerana telah rosak dan air bertakung.

Lokasi seterusnya ke Kg Nanas untuk meninjau masalah lubang besar dalam kampong tersebut. Ini membahayakan penduduk dan pengguna jalan tersebut.

Kg Chi Joo lokasi seterusnya untuk meninjau masalah jalan kampong yang berlubang.

Lokasi seterusnya Kg Tok Panjang untuk meninjau masalah parit dan longkang. Penduduk mahu parit dinaik tarafkan.

Penghulu Fuad mengukur panjang parit yang mahu dinaik tarafkan.

Lokasi terakhir di Kg To' Kangar, Juru untuk meninjau masalah parit dan jalan kampong.



InsyaAllah semua masalah tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan dan paling cepat dalam masa sebulan. Harap semua penduduk dapat bersabar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/