SharpShooter Followers

Friday, May 14, 2010

Gobala terima bala lagi...

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.

* Sebelum itu, Gobala juga tidak dibenarkan berkempen di Sarawak..memang lawak...

Ini adalah usaha terancang umco untuk mendapat kembali majoriti 2/3 dalam Parlimen setelah usaha umco yang membabikan Zahrain sebagai ketua katak besar untuk menjilat dan menarik 8 MP Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Tian Chua MP Batu yang memang dikenali sebagai urat dawai tulang besi kepala batu juga berdepan dengan perkara yang sama.

Ceramah terkini Gobala di Skudai Johor.









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/