Beribu-ribu penunjuk perasaan di ibu negara tidak mempedulikan tempoh akhir untuk mereka meninggalkan ‘kubu’ Baju Merah hari ini, di sebalik ancaman tindakan keras oleh pihak tentera selepas pertempuran jalanan mengakibatkan sekurang-kurangnya 37 maut setakat ini.
Keganasan yang memuncak telah mengubah sebahagian kawasan di bandar raya itu kepada zon larangan kerana tentera menggunakan peluru hidup untuk menembak penunjuk perasaan, yang menyekat jalan-jalan raya dengan tayar yang dibakar selain melawan pihak tentera menggunakan senjata buatan sendiri.
Penunjuk perasaan diarah meninggalkan kawasan tersebut pada pukul 3 petang ini waktu tempatan.
Pihak berkuasa turut menggugurkan risalah dari sebuah pesawat yang meminta orang ramai mengosongkan kawasan itu.
Polis menganggarkan kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di ‘kubu’ mereka walaupun mendapat ancaman tindakan keras oleh tentera.
“Operasi menyuraikan penunjuk perasaan akan dilakukan secepat mungkin.
“Pusat Resolusi Situasi Kecemasan (CRES) akan menjelaskan kepada orang ramai sebaik operasi tamat,” kata Satit Wonghnongtaey, Menteri di pejabat Perdana Menteri.
Bunyi tembakan dan letupan turut kedengaran sebelum waktu subuh hari ini di luar hotel-hotel mewah yang bersempadan dengan zon bantahan, di mana tentera cuba menyekat beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di tepi-tepi jalan.
Penginap di hotel mewah Dusit Thani diarah ke tingkat bawah tanah bagi keselamatan sementara pihak pengurusan meminta semua penginap mendaftar keluar pada waktu tengah hari.
Wartawan yang berada di tempat kejadian melaporkan, tembakan dilepaskan oleh pihak tentera dan penunjuk perasaan di zon bantahan dan kedua-dua pihak dilihat mempunyai bekalan senjata yang banyak.
Awal hari ini, beratus-ratus tentera dan anggota polis bersenjata dilihat berada di Sukhumvit, sebuah kawasan kediaman mewah yang popular di kalangan ekspatriat.
Sementara itu, pemimpin Baju Merah Mejar Jeneral Khattiya Sawasdiphol yang ditembak di kepala oleh seorang penembak tepat Khamis lalu, mati hari ini selepas koma selama lima hari.
Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya keganasan baru selepas lima hari pertempuran jalan.
Pemimpin Baju Merah Jatuporn Prompan berkata, satu-satunya harapan bagi menyelesaikan masalah keganasan itu adalah dengan campur tangan Raja Bhumibol Adulyadej.
Raja berusia 82 tahun yang menerima rawatan di hospital sejak September lalu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan krisis politik terkini Thailand, tidak seperti berdekad-dekad lepas di mana Bhumibol campur tangan bagi menghentikan pertumpahan darah
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
7 hours ago