Merekalah juara Melayu dan Sultan Melayu abad ini. Tidak ada yang lebih Melayu dari Melayu perkasa mengalahkan Pemuda UMNO.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton video wajah pejuang melayu tulen ini.
Hampir 100 ribu orang berkumpul bersama perkasa untuk perkosa Zaid Ibrahim. Tetapi hajat mereka tidak sampai kerana yang muncul Kak 'N' Exco Wanita Pusat 'Wanita Berdaya Harapan Negara'.
Balai polis sebelah pejabat Keadilan saja tetapi polis tidak berani menghalang atau menyuraikan takut tertembak pula pejuang melayu ini. Di mana kan ku cari ganti kalau polis tertembak pejuang melayu tulen - itulah nasihat polis APCO.
Harap songkok saja tinggi...songkok Melayu perkasa katakan...tidak ada yang lebih melayu dari melayu perkasa. Ini fakta bukan auta.... :-)
Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini.
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan d...arurat dikurangkan
* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda
sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.
* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/