Maaf kelmarin satu hari padat dengan program tak sempat update blog.
Bermula jam 10 pagi di tingkat 28 KOMTAR sharpshooter terlibat dalam mesyuarat ajk buletin P.Pinang dibawah MMK Penerangan Ketua Menteri P.Pinang yang akan diterbitkan pada bulan JUN 2010.
Buletin Suara Rakyat P.Pinang pernah diterbitkan pada tahun 2008 tetapi selepas itu tiada lagi.
Hujung bulan Jun dijangka ia akan diterbitkan semula tetapi nama buletin akan ditukar.
Antara cadangan nama yang diberi adalah Sinar Mutiara / Buletin Mutiara / Gema Pulau Pinang / Tinta Pulau Pinang / Warkah Pulau Pinang / Info Mutiara / Nadi Rakyat Pulau Pinang dan Suara CAT.
Cadangan nama buletin dari pengunjung sharpshooter amatlah dialu-alukan. Segala berita atau pandangan atau pendapat atau sebarang komen yang anda mahu suarakan dalam buletin tersebut maka bolehlah anda emelkan ke suaracat@gmail.com
Kemudian jam 2.30 bergegas ke Yayasan Aman ada perjumpaan tertutup bersama Perhubungan Negeri, Wanita Negeri, AMK Negeri P.Pinang serta Ahli Majlis MPPP dan MPSP dengan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menerangkan isu-isu semasa dan beliau amat kecewa dan marah sekali kepada pengkhianat seperti Zahrain, Tan Tee Beng, Fairus dan katak-katak lain yang telah mengkhianati amanah rakyat.
Mereka ini bermasalah dan tidak tahan dengan dugaan wang ringgit. Tugas mereka setelah menerima imbuhan lumayan adalah menyerang habis-habisan Anwar Ibrahim dan PKR.
Sebab itu serangan mereka terlalu melampaui batas hingga pimpinan umno sendiri mengakui mereka sendiri pun tidak tergamak menyerang seperti mana katak-katak najis ini menyerang.
Apakah mereka membela rakyat? jawapannya tidak tetapi mereka hanya menjadi pencacai serta barua umno sahaja setelah menerima imbuhan lumayan dengan menyerang Anwar dan PKR dan cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat.
Semua wakil rakyat P.Pinang hadir tanda setia mereka tidak berbelah bagi pada parti dan sokongan penuh pada Anwar Ibrahim.
YB Dr Mansor Othman, YB Hj Malik Kassim, Tuan Speaker YB Dato' Halim Hussein, YB Ustaz Maktar Shapee, YB Law Choo Kiang, YB Sim Tze Tzin, YB Tan Hock Leong, YB Jason Ong, YB Ong Chin Wen, YB Raveen dan YB Yusmadi termasuk YB Gobala dan YB Manikumar turut hadir.
Selepas itu, Anwar Ibrahim bertemu dan berbincang dengan AMK P.Pinang sahaja. Minta maaflah gambar hanya sebahagian sahaja AMK yang sempat dirakam.
Dalam pertemuan tersebut Anwar Ibrahim setuju Senator Mustaffa digugurkan jawatan Setiausaha Perhubungan dan Pengarah Pilihanraya Negeri P.Pinang.
Penggantinya akan ditentukan oleh Dr mansor Othman.
Senator Mustaffa kini ditugaskan memangku PKR Perlis.
Pada sebelah malam bertempat di Jawi Ustaz Roshidi selaku Timbalan Pesuruh Jaya PAS P.Pinang memulakan caramah diikuti dengan YB Saifudin Nasution.
YB Saifudin menyentuh 3 perkara iaitu prk Sibu, telaga minyak yang diberi kepada Brunei dan Lesen Judi Bola.
YB Saifudin memang terkenal sebagai seorang penceramah yang memberi penerangan terbaik dan terkini.
Beliau memberitahu bagaimana SPR memang nampak terang-terang adalah alat BN. Undi pos adalah talian hayat terakhir BN tetapi oleh kerana petugas Pakatan Rakyat yang amat cekap SPR tidak mampu menipu lagi. Akhirnya BN tewas dengan majoriti 398 undi.
Saifudin juga menerangkan 2 blog M dan L telaga minyak milik Malaysia yang diserahkan kepada Brunei adalah penderhaka serta pengkhianat kepada Agama, bangsa dan Negara.
Rupa-rupanya Pak Lah setelah diasak isu ini menerangkan bahawa kelulusan ini bukan dibuat oleh beliau seorang tetapi termasuk kabinet Malaysia.
Ini bermakna Najib, Muhyidin dan lain-lain tahu akan hal ini dan acara tandatangan itu turut dihadiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien. Ia berlaku sebelum 19 hari lagi Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.
Ini jelas terbukti bahawa UMNO dan BN adalah pengkhianat kepada rakyat Malaysia apabila menyerahkan 2 blog telaga minyak itu kepada Brunei berharga RM 320 billion.
Manakala lesen judi sukan sebenarnya telah diluluskan kepada Vinsent Tan sejak zaman Dr Mahathir lagi tetapi setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Pak Lah bekukan lesen judi sukan sebab Pak Lah berkata "apa aku nak jawab pada PAS " .
Inilah sikap Pak Lah lebih takut pada PAS dari Allah. Najib akhirnya meluluskan semula lesen judi sukan/bola. Mana ustaz-ustaz kangkong dalam UMNO? Mengapa diam? Adakah sudah menjadi syaitan bisu dan syaitan OKU?
Lim Guan Eng pula dalam ceramahnya memberitahu bahawa Balik Pulau akan dijadikan Hab Pendidikan Cemerlang Islam di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih tanah seluas 200 ekar berharga sekitar RM100 juta untuk dibangunkan sebagai hab pendidikan cemerlang, dengan pelawaan kepada institusi-institusi pendidikan Islam antarabangsa untuk turut terlibat.
"Saya berharap institusi Islam teragung dunia seperti Unversiti Al-Azhar juga boleh bertapak di kawasan berkenaan dan ia akan menjadikan Pulau Pinang lebih bertaraf antarabangsa," kata Lim Guan Eng.
Terdahulu sebelum ceramah, pada siangnya beliau menyerahkan peruntukan RM1.75 juta bagi tahun ini kepada 21 buah sekolah Agama Rakyat dan Maad Tahfiz yang beroperasi di P.Pinang.
Anwar Ibrahim menutup tirai dengan ceramah yang penuh semangat. Kemenangan prk Sibu amat merisaukan BN.
Pada PRU tahun 2008, talian hayat UMNO dan BN bergantung pada Sabah dan Sarawak. Terbukti umpan pembangunan BN sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah cerdik.
InsyaAllah pada Pru 13 akan datang, Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN dan mengambil alih Putrajaya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
7 hours ago