SharpShooter Followers

Wednesday, May 12, 2010

Persatuan Melayu P.Pinang bidas ekor Zahrain dan Ezam

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Senator Mohamed Ezam Mohd Nor dibidas kerana didakwa mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan reputasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yusof Latiff (gambar) menyelar mereka apabila membuat kritikan dalam isu kerugian Pos Malaysia Berhad.

Menurut Mohd Yusof, kritikan yang dilemparkan oleh Zahrain dan Ezam itu seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri apabila membuat kenyataan menerusi media massa berhubung perkara itu.

"Apakah mereka ini mempunyai agenda yang tertentu. Tindakan mereka berdua ini memberi pandangan negatif masyarakat umum terhadap Pos Malaysia Berhad yang mengalami kerugian setelah ianya dipertikaikan melalui media massa, secara tidak langsung ianya menjejaskan kredibiliti Tan Sri Nor Mohamed,” katanya.

Tambahnya, walaupun mereka berdua melahirkan pandangan peribadi, namun begitu ia tidak sepatutnya disalurkan melalui media massa.

Katanya, kritikan itu juga menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri dan tidak langsung membantu bagi memulihkan kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia Berhad.

Mohd Yusof berkata demikian sebagai mengulas kritikan Zahrain dan Ezam melalui media massa mengenai kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia Berhad.

* Mengapa Zahrain dan Ezam hentam mamak bendahara Penang?

Mengapa setiausaha politiknya Hasbi Sattar ditangkap bersama wang tunai RM2 juta di P.Pinang?

Mengapa Hasbi Sattar letak jawatan...wang itu wang siapa sebenarnya?

Siapa yang memberi maklumat kepada SPRM hingga tertangkapnya Hasbi Sattar?

Siapa yang buat perangkap?

Siapa yang pernah buat laporan rasuah terhadap mamak bendahara Penang?

Mengapa Zahrain dan senatak Ezam bersungguh-sungguh seolah mahu mamak bendahara Penang meletak jawatan?

Sifirnya mudah...Zahrain pernah ditawarkan jawatan menteri jika berjaya membawa 8 MP Pakatan Rakyat lompat tetapi malangnya hanya 4 MP sahaja. Maknanya hajat Zahrain belum tercapai.

Ezam mendapat habuan Senatak setelah berjaya mencipta isu liwat 2 Sialful dan beliau akan dilantik menjadi timbalan menteri bukan lagi rahsia.

Sebab itu mereka berdua sanggup menjadi babi tunggangan Najis.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/