Kelmarin Sdr Zamil broker terkaya sms pada sharpshooter jam 11:07:15am - 22/05/2010 :-
Utk perhatian rakan2 media > Sidang media khas mp kapar & 2 adun pr kedah Tarikh : sabtu 22 mei 2010 Jam : 2 ptg Tempat : grand blue wave hotel shah alam
Sharpshooter kelmarin berada di Cameron Highland membawa rombongan Cik Kiah melancong jadi tak boleh nak layari internet.
Sahabat-sahabat di Kuala Lumpur tidak dapat mengesahkan berita ini.
Akhirnya jam 2:39:32 - 22/05/2010 sekali lagi Zamil sms :-
Pc mp kapar & 2 adun kedah di grd blue wave hotel s.alam dibatalkan atas faktor keselamatan. Akan dibuat secara tertutup & rakaman/kenyataan akan diedarkan.
Malaysiakini pula melaporkan Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada PKR hari ini. "Ini semua cakap-cakap yang dicipta oleh si licik yang cuba merenggangkan hubungan saya dengan pemimpin parti.
"Semua mereka boleh terus bermimpi ahli parlimen Kapar akan melompat," katanya dalam blog.
Manikavasagam berkata, beliau menerima banyak panggilan telefon sejak pagi tadi bertanyakan tentang satu sidang media pada jam 2 petang di Shah Alam, di mana beliau dikatakan akan hadir bersama dua wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada Kedah.
Mendengar khabar angin itu, kira-kira 30 wartawan sudah sedia menunggu pengumuman yang tak kunjung tiba itu di sebuah hotel. Sehingga jam 2.30 petang, tiada sebarang kelibat pihak terbabit kelihatan.
Manikavasagam dipercayai dikaitkan dengan khabar angin itu apabila beliau dilihat 'bertegang' dengan Menteri Besar Selangor dan pemimpin Pakatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Kes itu kini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), bawah DUN Selangor.
Sebelum itu MP Kapar pernah membuat laporan polis tentang sms ugutan.
* Untuk makluman semua inilah kerja Zamil broker yang juga balaci dan barua senatak Ezam bila ada suatu isu yang timbul. Mereka akan cuba menaguk di air yang keruh.
Sharpshooter juga tahun lalu pernah dihubungi Zamil ketika timbul isu panas tentang Fairus TKM 1 P.Pinang.
Tetapi Zamil silap orang..dia ingat semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit.
Mahukah anda hidup dalam sumpahan rakyat? Mana maruah anda? Adakah anda layak digelar pejuang...
Bila timbul isu sikit terus merajuk...
Tak dapat jawatan pun nak merajuk..
Tak dapat peluang pun nak merajuk...
Bila kalah dalam pemilihan pun nak merajuk....
Anwar tak telefon pun nak merajuk...
Anwar tak sms pun nak merajuk...
Anwar marah sikit pun nak merajuk...
Inilah golongan yang disebut KKS (Kurang Kasih Sayang) dalam PKR. Layakkah anda mengaku sebagai pejuang dalam PKR?
Bila susah sikit dapat tawaran duit dan projek sikit..terus keluar parti..
Pergi mampuslah dengan pemimpin macam ini dan yang sepusat dan sepusing dengan katak-katak najis........
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
7 hours ago