SharpShooter Followers

Sunday, May 02, 2010

Betapa dangkalnya politik perkauman....



Cuba anda tonton video ucapan Nizar... Mungkin mereka tidak tahu sejarah agaknya...Nizar cuma mengimbau peristiwa dan ucapan tersebut di mana ketika itu Najib adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di mana salahnya?... Najib ketika itu pun tidak dikenakan apa-apa tindakan ke atasnya.


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar tindakan pihak tertentu yang membuat laporan polis terhadap beliau berhubung ceramah semasa kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor sambil menyifatkan ia sebagai helah untuk mencari kesalahan Pakatan Rakyat.

Nizar menegaskan kenyataan beliau tidak sama sekali bersifat perkauman tetapi hanya mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan pemimpin Umno terhadap kaum bukan Melayu di negara ini.

"Saya cuma menyebut dan menyatakan apa yang telah diperkatakan oleh pimpinan Barisan Nasional khususnya pimpinan Najib Razak yang mengeluarkan kenyataan yang rasis kepada masyarakat Cina.

"Saya sebut dalam himpunan pada waktu Najib menjadi Ketua Pemuda Umno di mana dia menghunus keris untuk mengugut orang-orang Cina di kampung Baru. Saya hanya mengulangi apa yang dia kata," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sebelum itu bernama melaporkan Tiga wakil kaum utama di Selangor pada Jumaat membuat laporan polis ke atas Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Bekas Menteri Besar Perak itu didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.

Laporan ke atas Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 1.15 tengah hari tadi oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M.Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Zulkarnain berkata perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu berniat jahat.

"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," katanya kepada pemberita.

Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar pada ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Chan pula berkata kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas. - BERNAMA

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/