SharpShooter Followers

Monday, May 31, 2010

Undur Samy Undur.......



Hampir 5,000 berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines hari ini bagi menyertai perhimpunan gerakan anti Sammy Vellu (GAS).

Himpunan tersebut bagi meyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin nombor satu parti kaum India itu dan sebagai desakan agar Samy Vellu meletakkan jawatan.

Turut hadir pada perhimpunan itu pemimpin Vateran MIC, V Govindarajoo, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy, bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan serata bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar.

Govindarajoo ketika ditemui media berkata, Samy Vellu perlu meletakkan jawatan serta merta kerana telah banyak mengkhianati negara dan masyarakat khususnya kaum India.

"Samy perlu keluar dari MIC dan juga kerajaan.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno," katanya.

Biarpun beliau adalah individu yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, namun kini beliau mendesak Samy meletak jawatan.

Beliau juga dalam ucapan pembukaannya sebelum itu juga beberapa kali menggelarkan Samy Vellu sebagai penipu besar.

Kegagalan terbesar Samy katanya apabila ditolak rakyat Sg. Siput pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Namun Samy Vellu jelasnya sangat angkuh dan enggan meletakkan jawatan biarpun telah kalah dalam PRU.

KP Samy dalam ucapannya pula mendesak kerajaan BN berhenti 'melindungi'Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa.

Tindakan tersebut katanya hanya akan menyebabkan BN kehilangan sokongan masyarakat India.

Ini kerana, banyak pihak dalam masyarakat India yang sudah muak dengan kepimpinan Samy Vellu dan mahu beliau berundur.

Dalam pada itu, Mugilan menyifatkan himpunan GAS hari ini sebagai berjaya mewujudkan satu gelombang mendesak Samy Vellu meletak jawatan biarpun berdepan halangan pihak tertentu.

Sehubungan itu katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan.

Samy Vellu yang kini dianggap liabiliti kepada MIC, juga diberi tempoh seminggu kepada untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

* Sharpshooter - Biar Samy terus pegang MIC sampai mati berdiri dalam pejabat...Samy telah buat rekod di Malaysia sebab berjaya berkhidmat paling lama mengalahkan Dr Mahathir.

Sebenarnya Samy dan Senatak 'Ibu Ayam' Ezam adalah penyumbang besar kepada kekalahan UMNO dan BN pada PRU 13 akan datang...jadi biarkan mereka.....

Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 InsyaAllah.......

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/