Penganjur: Angkatan Muda KeADILan Malaysia
Waktu Mula: pada 08hb Julai 2009 pukul 8.00 pagi
Waktu Tamat: pada 09hb Julai 2009 pukul 11.00 pagi
Lokasi: Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta
Kuala Lumpur
Waktu Mula: pada 08hb Julai 2009 pukul 8.00 pagi
Waktu Tamat: pada 09hb Julai 2009 pukul 11.00 pagi
Lokasi: Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta
Kuala Lumpur
Pakaian : HITAM
Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.
Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.
Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.
Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.
KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.
Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/