SharpShooter Followers

Tuesday, July 07, 2009

Hishamudin nak tunjuk taring.....Nak Tangkap

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengingatkan Pemuda PKR mereka harus bersedia berdepan tindakan undang-undang jika gerakan membawa penyokong membanjiri Kompleks Mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur ketika perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan huru hara.

Sambil mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai tindakan terdesak itu beliau berkata tiada masalah jika mereka mahu berkumpul atau berhimpun asalkan tidak menjejaskan proses mahkamah serta keselamatan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat gerakan membawa ramai penyokong itu bertentangan dengan apa yang dilaungkan pembangkang yang kononnya mahu institusi kehakiman dan mahkamah dipertahankan.

“Mereka sendiri kata nak pertahankan tetapi ganggu perjalanan mahkamah...Ini bukti apa yang mereka cakap, mereka tak lakukan,” katanya pada wartawan di Manek Urai Isnin ketika di mengulas usaha Pemuda PKR mengumpulkan kira-kira 5,000 orang di mahkamah ketika kes Ketua Pembangkang itu mula didengar, Rabu ini.

Berita lanjut klik di <sini>
Ek..eleh... nak ugut nak gempaq pemuda PKR dan PR konon... Ingat kami ni macam Pemuda UMNO ka... Lawan Tetap Lawan..


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/