Ini pemandangan dalam kantin di Mahkamah Tinggi Jalan Duta setelah Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat. Kemudian saya terus ke Pulau Pinang kerana ada mesyuarat Unit Ehsan di Pejabat Keadilan Tanjong. 11 malam baru sampai rumah. Baru boleh up date blog. Nak bawa laptop dah tak berani sebab hari tu masa singgah solat di R&R Kinrara lebuhraya Kesas. Cermin gelap kereta Astima Cikgu Azman Sg Petani kena pecah. Laptop saya dicuri. Banyak dokumen dan video sudah hilang. Sabor je lah...