SharpShooter Followers

Thursday, July 15, 2010

Mat Sembab dijemput ke Selangor tangkap orang umno mencuri pasir

Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi jenayah ini.

Salinan surat tersebut telah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri Datu Seri Hishamduddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam surat yang dihantar kepada kedua-dua pemimpin Umno itu, Kerajaan Negeri telah memberi penjelasan bahawa kejadian curi pasir ini telah pun berlaku secara berleluasa sebelum tahun 2008 ketika Selangor di perintah Barisan Nasional.

"Saya telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sekarang telah membuat pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menolong menangkap penjenayah yang terlibat.

"Saya juga telah sertakan semua maklumat–maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya YAB Timbalan Menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan yang sewajarnya," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan beliau semalam.

Kata beliau Kerajaan Negeri berharap, pemimpin-pemimpin Umno tidak hanya mengutarakan isu pasir ini atas dasar politik dan berharap agar dokumen yang diberikan adala memadai untuk YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memberi arahan kepada pihak-pihak berkuasa untuk bertindak secara professional.

Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010) tegas Abdul Khalid.

Kerajaan negeri Selangor juga akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini sebagai langkah menegakkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid juga berkata beliau akan menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beliau juga berharap pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak membangkitkan isu kecurian pasir untuk tujuan politik.

"Saya berharap agar dokumen yang diberikan memadai untuk Timbalan Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa bertindak secara professional.

"Ini dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan meskipun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak," kata Menteri Besar pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Semalam kerajaan negeri surat kepada Muhyiddin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi gejala ini.

Salinan surat juga dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan dalam surat tersebut kejadian curi pasir berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/