SharpShooter Followers

Friday, July 16, 2010

BN Barang Naik


BN Barang Naik...BN Barang Naik...BN Barang Naik
Penyokong UMNO dan BN pasti gembira dengan kenaikkan harga barang dan petrol.
Maklumlah mereka ada kad diskaun...mereka tak kisah dan tetap akan sokong...alasannya mudah..nanti negara boleh bangkrap...
Kerajaan hari Khamis mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Najib berkata penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunan bahan api di Malaysia.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.
Menurut kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.

"Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.
Walaupun telah membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini," katanya.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.

Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula adalah berasaskan pada hakikat bahawa pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula pula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu adalah berasaskan tiga perkara penting.
Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan golongan rakyat tempatan yang berpendapatan tinggi, yang mampu membayar harga tanpa subsidi.

Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yangberkongsi motosikal atau Kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.

Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.
Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini.

Pada 2009 sahaja, Najib berkata penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan.

"Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu," kata Perdana Menteri.

Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.

Najib berkata kerajaan membuat keputusan ini selepas mengadakan perundingan dengan rakyat.

"Beribu-ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian pada Hari Terbuka Makmal Dasar dalam proses mendapatkan maklum balas, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Bagi reformasi subsidi, bajet, Program Transformasi Kerajaan dan kini Bidang NKEA, kerajaan melibatkan orang ramai, mendengar dan belajar, dan bertindak, mengikut keutamaan negara," katanya.

Beliau berkata langkah ini dilaksanakan supaya ia hanya memberi impak yang minimum ke atas keluarga, dan pada masa yang sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

"Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani," kata Najib.
Dengan memilih untuk melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisit fiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia, kata Najib.

Perdana Menteri berkata langkah ini akan meningkatkan kestabilan kewangan Malaysia dan pada masa yang sama melindungi rakyat.
Bernama




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/