UMNO Balik Pulau terus bergolak bila 3 Abdul samdul... Dr Helmi, Syed Amerudin dan Farid masing-masing sedang melobi untuk menjadi calon Parlimen Balik Pulau.
Syed Amerudin sudah 4 penggal menjadi Adun Bayan Lepas. Beliau mahu bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pula pada PRU13. Syed Amerudin juga berulang kali mengatakan beliau sudah tidak mahu bertanding di Dun Bayan Lepas.
" Orang Bayan Lepas dan Teluk Kumbar pun dah jemu dah... Bagilah dekat orang lain pula..." begitulah rintihan geng umno yang tidak mahu namanya disiarkan.
Manakala Dr Helmi pula kini menyatakan hasrat untuk bertanding semula di parlimen Balik Pulau. Dr Helmi pernah menjadi MP Balik Pulau tahun 2004.
Tetapi pada PRU 12 tahun 2008 beliau bertanding di Dun Teluk Bahang. Dr Helmi juga pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri P.Pinang.
Farid pula sudah 2 penggal menjadi Adun Pulau Betong. Banyak rungutan diterima sampai nak dapat tandatangan pun susah untuk pinjaman Tekun.
Tekun diasaskan oleh Dr Mansor Othman sewaktu beliau di USM tetapi kini UMNO ambil alih. Bila UMNO ambil alih, syarat utama ialah wajib ahli UMNO dan kena minta tandatangan YB UMNO sahaja.
Macam ini lah cara UMNO nak bantu peniaga kecil. Eloklah diteruskan amalan ini biar rakyat terus menyampah dengan umno.
Parlimen Balik Pulau kini milik Pakatan Rakyat di mana Yusmadi bertanding buat kali pertama dan menang di Parlimen tetapi di 3 Dun semuanya UMNO menang. Pelik tapi benar.
Mengapa Yusmadi boleh menang? Dr Helmi ketika berkempen dalam PRU 12 2008, terang-terang nyatakan sokongan pada Yusmadi dan minta semua ahli UMNO undi protes pada calon pilihan Pak Lah iaitu Dato' Dr Norraesah Mohamad. Sebab itu Yusmadi boleh menang.
Yusmadi pula bila sudah menjadi YB, macam2 hal pula terjadi malas sharpshooter nak sebutkan. Antaranya anda boleh baca di sini.
Persoalannya mengapa 3 Abdul samdul ini begitu beriya-iya melobi untuk bertanding di Parlimen Balik Pulau?
Sifirnya mudah....3 Abdul samdul sudah tahu memang agak sukar untuk merampas kembali P.Pinang dari Pakatan Rakyat.
Jadi buat apa jadi YB Adun, lebih baik jadi YB Parlimen, untung-untung boleh juga jadi Menteri. Itu pun kalau BN masih menang pada PRU13.
Inilah punca mengapa YB P.Betong buat kenyataan bodoh tentang isu Kg Binjai. Mengapa beliau sibuk-sibuk ganggu kawasan Syed Amerudin? Sifirnya mudah sebab mereka kini berebut-rebut nak jadi hero Melayu Balik Pulau dan bolehlah Najib pilih mereka jadi calon Parlimen Balik Pulau.
Tetapi mengapa 3 Abdul samdul ini diam membisu macam syaitan bisu bila timbul isu judi bola dan Tol Jambatan P.Pinang nak naik?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
31 minutes ago