SharpShooter Followers


Saturday, July 17, 2010

Kalau pi ceramah...jangan lupa pekena Bihun Sup Kedah

Ceramah Pakatan Rakyat di mana-mana seluruh Malaysia sentiasa mendapat sambutan rakyat untuk mendengar isu terkini.

Majoroti rakyat sudah tidak percaya dengan media arus perdana seperti TV1 dan TV3 suku yang dari dulu kini dan selamanya asyik memperbodohkan rakyat terutamanya isu politik.

Media berat sebelah akhirnya memakan diri apabila rakyat sudah tidak lagi percaya pada mereka.

Sebab itu ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan dan ini secara tidak langsung menjana ekonomi.

Kalau di Utara, kalau pi ceramah sudah pasti salah satu gerai yang mendapat sambutan hangat adalah Bihun Sup Kedah Bang Noor.


Inilah Bang Noor, orangnya sederhana dan ramah mesra. Kalau pi ceramah...tak pekena bihun sup Kedah..tak sah...


Bang Noor sebenarnya sepenuh masa berniaga Bihun Sup Kedah di tempat ceramah Pakatan Rakyat. Beliau menyara 6 orang anak dan seorang isteri.

Inilah salah satu contoh ceramah Pakatan Rakyat dapat menjana ekonomi rakyat.

Bila ada ceramah Pakatan Rakyat...mai jangan tak mai...dan jangan lupa pekena Bihun Sup Kedah Bang Noor....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/