SharpShooter Followers


Thursday, July 01, 2010

Nurul Izzah selar Khairy tuduh Anwar 'sesumpah luar biasa'

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba membersihkan nama beliau yang didakwa pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai anti Yahudi semasa lawatannya ke Amerika Syarikat minggu lalu.

Pada sidang media di Parlimen hari ini Nurul Izzah turut membidas dakwaan Khairy yang mengaitkan Anwar ke Amerika dengan bertujuan melobi kembali pengaruh dan peranannya yang dilabel tercalar di mata Zionis.

Sebaliknya, beliau menjelaskan perjumpaan Ketua Umum KEADILAN itu bersama rakan-rakannya di negara barat merupakan dialog peradaban yang merupakan amalan lazim mantan Timbalan Perdana Menteri itu bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung sesuatu isu.

"Isu kita bercakap dengan negara Barat itu adalah sebahagian daripada dialog peradaban yang telah dilakukan oleh Anwar sejak beliau berada dalam kerajaan lagi sehingga sekarang.

"Di situ (Amerika) juga kita (Pakatan Rakyat) kemukakan bagaimana kita menolak serangan jahat rejim Zionis Israel terhadap 'Freedom Flotilla'.

Tetapi malangnya, seperti biasa ruangan itu diputar belit oleh media di sini kerana mereka tak boleh mengelak daripada melaporkan hakikat bahawa kerajaan Umno-BN menggunakan khidmat Apco," kata Nurul Izzah.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat konsisten dengan pendirian menolak dan membantah sekeras-kerasnya kezaliman Zionis Israel.

"Bagi saya merekalah (Umno-BN) yang paling jelas bersekongkol menerusi bayaran RM77 juta kepada Apco.

"Jadi ini merupakan serangan biasa ini sudah disebut pada 1998, apa yang konsisten dengan dialog bersama dengan semua lain," jelas beliau

Terdahulu, Khairy dalam sidang medianya memetik kandungan laporan The Washington Post yang mendakwa semasa lawatan Anwar ke Amerika Syarikat pada 23 hingga 26 Jun lalu beliau dikatakan berjumpa dengan rakan baiknya, William Cohen untuk meminta maaf berhubung kenyataannya tentang serangan Israel ke atas 'Freedom Flotilla'.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/