SharpShooter Followers

Saturday, July 24, 2010

Tahniah buat anak-anak tersayang...

Tahun 2010 merupakan tahun paling gembira dan ayah bangga dengan semua pencapaian anak-anak ayah...

Anak Sulong, Atikah Bt Amizudin aka Along (20 tahun) telah berjaya sambung belajar di Politeknik Arau, Perlis...Tahniah Along..teruskan usaha along...Ayah sentiasa doakan Along berjaya dunia dan akhirat....amin...


Hari ini Sabtu, 24 Julai 2010, Anak bongsu Nur Liana Alia bt Amizudin terima anugerah tempat ketiga pelajar tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar.




Tahniah Alia (Adek) teruskan usaha Adek...ayah sentiasa doakan Adek berjaya dunia dan akhirat...amin..


Minggu lalu Sabtu, 17 Julai 2010, anak ketiga Nabilah Bt Amizudin aka Kak Chik telah menerima anugerah pelajar terbaik Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teluk Kumbar.

Tahniah..teruskan usaha...ayah sentiasa doakan Kak Chik berjaya dunia dan akhirat...amin...

Buat anak-anak lelaki pula, ayah juga bangga dengan anda semua...gambar di bawah Along yang buat...Along dah pandai edit gambar sekarang.

Anak-anak lelaki memang mahir tentang komputer, anak kedua Ahmad Ramadhan Bin Amizudin boleh buat master game, buat iklan dalam blog, iklan dalam blog sharpshooter sebelah kanan tu, dialah yang punya, hari tu dapat RM100 katanya. jadi tunggu apa lagi, tolong klik dalam ruang iklan..klik je lah...dia dapat komisyen...


Anak keempat Muhamad Hadi bin Amizudin. Hadi ikut jejak ayah dia masa muda-muda dulu, ayah dia dulu rockers, lead dan bass guitaris kumpulan Crosstown dan Sinthar, peminat Iron Maiden....he..he..

Masa akan merubah segalanya...InsyaAllah...

Ayah buat artikal ini untuk anak-anak ayah...bila 2 sahabat baik seperjuangan ayah kembali ke Rahmatullah iatu Hasmuzair dan Sabri, maknanya ajal maut tak kenal usia, bila-bila masa kita semua akan kembali ke Rahmatullah...

Semua anak-anak sudah ada facebook, kecuali alia sebab masih kecil. Untungnya teknologi kini, rasa serik dah lap top dan komputer rosak, habis semua gambar dan fail rosak. Jadi sekarang simpan di alam maya...InsyaAllah selamat...

Ingatlah selalu pesan dan wasiat ayah...jangan tinggal solat..jadilah anak yang berbakti kepada Agama, Masyarakat dan Negara. ..amin...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/