SharpShooter Followers


Friday, July 23, 2010

Naib Presiden FAP desak Zahrain letak jawatan

Bekas naib presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Gary Nair menuntut Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim melepaskan jawatannya sebagai presiden persatuan itu kerana di bawah kepemimpinannya mutu bolasepak di negeri itu telah merosot.


Menurut Nair, kelab-kelab bolasepak yang bernaung di bawah FAP juga melahirkan rasa terkejut mereka kerana ahli parlimen Bebas Bayan Baru, sanggup menawarkan diri sebagai naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres akan datang sedangkan beliau telah 'memalukan' bolasepak Pulau Pinang.

Katanya, tidak kurang 60 peratus kelab di negeri itu berpendapat Zahrain yang meninggalkan PKR pada Februrai lalu gagal berperanan sebagai 'pemimpin yang berkebolehan'.

Nair berkata tidak pernah dalam sejarah, Pulau Pinang gagal melayakkan diri menyertai kejohanan Piala Malaysia.

"Sudah agak lama Pulau Pinang tidak memenangi piala berkenaan tetapi gagal melayakkan diri dalam kejohanan Piala Malaysia adalah satu kekecewaan yang besar,” kata Nair yang pernah bertindak sebagai pengurus pasukan Pulau Pinang dalam liga Super.

Sharpshooter :- Alahai Zahrain..gila jawatan sungguh rupanya...

Kawan siapa?....kawan Anwar la 30 tahun...:-)

Dasar pengkhianat dan bangsat macam ni perangainya...

Pergi jahanamlah Zahrain...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/