SharpShooter Followers

Tuesday, July 27, 2010

4 Negeri Pakatan Rakyat bubar DUN serentak?


S. Wahab

BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya.

Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR.

Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihan raya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013.

Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013.

Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihan raya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/