SharpShooter Followers


Saturday, July 24, 2010

YB Sim selar laporan akhbar The Star

Tidur ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin kini tidak lena setelah diwawancara oleh sebuah akhbar harian bahasa Inggeris mengenai perlunya rumah pangsa kos rendah di Pulau Pinang.

Ini kerana selepas wawancara itu dengan tajuk "Penang May Ban Low Cost Homes" atau “Pulau Pinang mungkin mengharamkan rumah kos rendah” beliau mendapat banyak bantahan daripda orang ramai.

Menurut Sim beliau tidak ada masalah dengan kandungan berita yang ditulis tetapi kurang senang dengan editor akhbar berkenaan yang mensensasikan tajuknya serta membawa tanggapan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

"Saya tiada kuasa mengharamkan rumah kos rendah dan jika adapun saya tidak akan mengharamkannya. Ini kerja orang gila!” kata Sim kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa rumah berkenaan masih amat diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri itu.

Golongan muda tak mampu

Sim yang juga anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang merjuk kepada akhbar
The Star Khamis lalu yang melaporkan beliau sebagai berkata jabatan berkenaan mungkin melarang pembinaan rumah pangsa kos rendah yang keluasannya berukuran kurang 700 kaki persegi.

Laporan itu juga memetik beliau sebagai berkata larangan itu disebabkan oleh kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau juga didakwa mencadangkan bayaran pampasan diberikan oleh pemaju kepada penduduk setinggan bagi membina rumah baru untuk mereka berhampiran kawasan asal setinggan penduduk.

Bagaimanapun kata Sim, beliau hanya membuat cadangan supaya pemaju membina rumah yang 'mampu dimiliki dengan keadaan kehidupan yang selesa' kerana ramai yang kini membina rumah di luar kemampuan rakyat umum.

Katanya, pekerja di Pulau Pinang hari ini sukar memiliki rumah, khususnya di kawasan industri kerana harganya mungkin mencecah kepada RM600,000 atau lebih manakala pangsapuri pula dijual melebihi RM350,000.

"Adalah tidak dinafikan, harga-harga berkenaan di luar kemampuan sekitar 70 peratus rakyat Pulau Pinang. Namun rumah-rumah itu cukup laris dan ini menjadikan harganya terus naik,” kata Sim.

Menurutnya, pemaju sepatutnya membina rumah pangsa berukuran 600-700 kaki persegi dengan harga sekitar RM40,000 setiap unit.

“Rumah-rumah itu amat popular di kalangan keluarga golongan muda kerana ramai yang tidak mampu membeli rumah biasa dan rumah seperti itu mampu dimiliki oleh kebatakan rakyat,” tambahnya.

Menurut Sim, Pulau Pinang memerlukan rumah-rumah yang dalam lingkungan harga RM100,000-300,000.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/