SharpShooter Followers


Thursday, July 15, 2010

5 Ahli Majlis MPSP akan disaman

Oleh AZELI ALI

NIBONG TEBAL 13 Julai - Pengusaha tapak projek perlombongan dan mencuci pasir di Jalan Tasek dekat Valdor di sini akan menyaman lima ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan palsu mengenai operasi projek itu.

Pengurus projek berkenaan, Kamaruddin Harun (gambar) berkata, imej syarikat terjejas ekoran kenyataan tidak berasas ahli majlis itu yang mendakwa operasi Foon Cent Sdn. Bhd. yang mengusaha tapak projek tersebut sejak Julai 2008 dijalankan secara haram.

Katanya, tindakan ahli majlis itu menyebabkan pihaknya mengalami kerugian sehingga RM10,000 sehari sejak lima hari lalu apabila tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa serta kehilangan tempahan pasir daripada pelanggan.


"Kami juga mempersoalkan tindakan MPSP menyita tapak ini pada 9 Julai lalu tanpa sebarang notis atas alasan tidak memiliki kebenaran merancang dan pelan kerja tanah.

"Namun, mereka juga pada petang semalam secara tergesa-gesa membuka tali sita dan mencabut papan tanda yang dipasang tanpa memaklumkan kepada kami secara lisan atau bertulis," katanya di tapak projek terbabit hari ini.

Tambah Kamaruddin, sehingga hari ini tiada sebarang penjelasan daripada MPSP sama ada pihaknya boleh meneruskan kerja-kerja perlombongan dan mencuci pasir seperti biasa.

Jelasnya, tindakan 5 ahli majlis itu seolah-olah sengaja ingin menutup operasi berkenaan secara paksa kerana mereka bertindak tanpa asas yang kukuh sedangkan pihaknya memiliki kebenaran daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk beroperasi.

"Syarikat memajak tanah seluas 1.6 hektar daripada pihak swasta dan akan diusahakan untuk projek perlombongan pasir selama tiga tahun sebelum ditimbus semula.

"Jadi, sebagai pemilik kami berhak melakukan apa sahaja di atas tanah berkenaan dan ia memang sudah termaktub di dalam Kanun Tanah Negara," ujarnya.

Katanya, Kanun Tanah Negara dengan jelas menyatakan tuan tanah berhak melakukan sebarang aktiviti ke atasnya dan dalam hal ini, pihaknya berhak menjalankan aktiviti mengorek dan membersih pasir di situ.

Kamaruddin memberitahu, tindakan ahli majlis tersebut membawa nama buruk kepada MPSP kerana membuat tindakan tanpa usul periksa sehingga menyusahkan orang lain.

Beliau juga mempersoalkan tindakan mereka yang seolah-olah berniat jahat kerana hanya bertindak sekarang selepas hampir dua tahun projek itu beroperasi.


Pada 14 Julai sehari selepas itu, Sinar Harian pula melaporkan SUNGAI BAKAP – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menyita tapak projek melombong pasir oleh syarikat
Foon Cent Sdn Bhd di Kampung Valdor, dekat sini, sebagaimana yang dilaporkan akhbar semalam.

Pihak berkenaan sebaliknya hanya memberi amaran dengan mengikat tali dan meletakkan papan tanda di lokasi itu.

Ahli Majlis MPSP, Oon Neow Aun berkata, tindakan mereka adalah sebagai tanda amaran dan bukannya menyita.

Menurutny
a, sebelum ke tapak projek pada 9 Julai lalu, pihaknya terlebih dahulu menyelidik berdasarkan makluman orang awam yang tinggal di sekeliling tapak perlombongan berkenaan.

“Kami mendapat aduan bahawa syarikat itu menjalankan kegiatan mengorek pasir secara tidak sah dan oleh yang demikian, kami ke sana bagi menyiasat sama ada perkara yang diadukan itu benar ataupun tidak.

“Setelah siasatan dijalankan, kami mendapati tapak projek berkenaan berada dalam keadaan yang membahayakan kerana mereka tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan seperti keadaan kolam yang sedalam 30 meter itu dibiarkan tanpa diselenggara dengan baik,” katanya.

Neow Aun berkata, mengenai tindakannya membuka semula tali amaran pada 12 Julai lalu adalah kerana ada pengusaha yang mengakui bahawa projek berkenaan adalah miliknya dan dengan itu, MPSP membukanya semula dan menganggap, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, itu adalah atas tanggungjawab pengusaha tersebut.

“Tujuan utama kami meletakkan tali rentang sebagai tanda amaran di situ adalah kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, ia sebagai tanda peringatan buat orang ramai yang menghampiri kawasan berkenaan.

“Sekiranya pihak syarikat ingin menyaman kami di atas tindakan MPSP yang kononnya menyebabkan kerugian terhadap syarikat mereka, kami di sini tidak menghalang kerana itu adalah hak mereka,” katanya.

Sementara itu, ahli lain, Johari Kassim berkata, sebagai ahli majlis, mereka akan menyiasat sesuatu perkara sekiranya mendapat aduan daripada orang awam.

“Untuk makluman, sebarang kerja yang melibatkan aktiviti melombong atau mengorek pasir walaupun memiliki tanah Gred A sekalipun, ia mestilah mendapat kebenaran kerja tanah daripada pihak majlis.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan setakat ini ia didapati membahayakan kerana tidak ditutup sepenuhnya, dan sebab itulah pada peringkat awal kami meletakkan tanda amaran kerana takut berlaku kemalangan yang tidak diingini dan sekiranya projek berkenaan tidak sah, kami akan mengambil tindakan.

Bagi kami, sekiranya syarikat berkenaan ingin menyaman, kami ingin menegaskan bahawa kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya.


Sementara itu, Lim Guan Eng telah mengarahkan YB Law Choo Kiang, Yb Ong Chin Wen dan YB Maktar Shapee untuk membuat siasatan berhubung isu perlombongan pasir tersebut samada ia dijalankan secara sah atau haram.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/