SharpShooter Followers


Thursday, July 08, 2010

Penduduk Kg Binjai selar YB Pulau Betong

Kenyataan Media.

Kami penduduk di Kg Binjai Bayan Lepas amat kecewa dengan kenyataan ADUN Pulau Betong yang juga merangkap Setiausaha Mohd Nor Yaacop mengenai isu kononnya berlaku pengusiran terhadap penduduk di sini dalam laporan Sinar Isnin 5 Julai 2010.


Kami sebenarnya baru menyedari akan berlakunya pembangunan di penempatan kami ini setelah melihat notis yang ditampalkan oleh MPPP di pokok berhampiran kediaman kami.

Tind
akan ADUN P.Betong secara jelas nyata fitnah dan cubaan menakut-nakutkan para penduduk serta cubaan menimbulkan perasaan benci penduduk kepada Kerajaan Negeri yang secara tidak langsung akan membangkitkan kepada sentimen kaum.

Kami yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri sekarang akan membantu mencari jalan penyelesaian antara para penduduk & pihak pemaju. Kami tidak menghalang pembangunan tetapi kami yakin penyelesaian cara terbaik dapat dilaksanakan antara kami penduduk dan juga pihak pemaju.

Oleh yang demi
kian, kenyataan YB adun P.betong amat tidak bertanggung jawab untuk membezakan antara laporan akan dirobohkan dengan telah dirobohkan.

Untuk makluman YB Adun P.Betong, kami masih di sini.

Beliau jangan lupa pernah berlakunya isu pengusiran Kg Sg Batu bahkan beliau juga lupa bahawa YB Adun Bayan Lepas yang mewakili kami para penduduk hari ini juga adalah bekas Exco Perumahan dan waktu pengusiran yang berlaku pada 2006.

Harapan kami dengan slogan CAT yang dilaungkan oleh Kerajaan Negeri, nasib penduduk di sini akan terbela. bahkan kami yakin dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Harapan kami amat tinggi.

Sekian

Mohd Faizal Ab Rahman

Jawatankuasa Badan Bertindak
Penduduk Kg Binjai
013 - 435 9600



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/