SharpShooter Followers

Monday, July 05, 2010

P.Pinang bantah kenaikan tol Jambatan P.Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian yang telah dibuat oleh kerajaan negeri menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang seperti mana yang dilaporkan sebelum ini daripada RM7 kepada RM9.40 iaitu kenaikan 34 peratus mulai 2013.

Menurut Guan Eng sebagai sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap beban yang bakal ditanggung, kenaikan harga tol jambatan tersebut harus ditentang dan dibantah kerana ia menyusahkan kehidupan lebih 1.5 juta rakyat Pulau Pinang.

"Namun begitu kita kesal dengan penangguhan mesyuarat yang sepatutnya diadakan setelah tidak ada seorang pun daripada pemimpin Barisan Nasional yang diundang untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu tol Jambatan Pulau Pinang ini hadir.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Umno Pulau Pinang dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain manakala Presiden Gerakan yang juga merupakan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak hadir seperti mana yang dinyatakan oleh media.

"Apabila mereka sendiri tidak hadir setelah jemputan diberikan secara rasmi, maka ini membuktikan pemimpin BN tidak mempedulikan kesukaran dan beban yang ditanggung oleh rakyat negera ini. Mereka sepatutnya memberi keutamaan dalam isu yang melibatkan rakyat negeri ini.

"Kerajaan Negeri akan tetap menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang. Wakil BN negeri hanya berani bersuara di hadapan media sahaja dalam isu membantah kenaikan harga tol Jambatan Pulau Pinang ini. Mereka tidak berani untuk mengatakan perkara yang sama kepada Kerajaan Pusat.

Ini membuktikan mereka mengamalkan sikap talam dua muka," kata Guan Eng setelah menanti selama setengah jam kehadiran wakil dan pemimpin BN sebelum membatalkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan di pejabat beliau di Komtar semalam.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/