SharpShooter Followers


Thursday, July 01, 2010

2 pupu Anwar ngidap kanser rahim


BUKIT TENGAH – Setiap wanita pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna bersama suami dan anak-anak. Namun, kadangkala ada perkara yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga hingga boleh meragut kebahagian itu.

Bagi Sahizan Yaacob,49, dia tidak menyangka haid yang datang tanpa henti sejak Mac lalu menguncang musibah terhadap dirinya apabila disahkan menghidap kanser rahim.

Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati apabila keadaan itu berterusan lalu pergi bertemu pakar sakit puan di sebuah klinik di Kebun Sireh.

“Sebelum ini semuanya normal. Tetapi, apabila baru-baru ini haid datang tidak berhenti saya mula syak sesuatu.

“Saya terkejut apabila disahkan doktor bahawa saya menghidap kanser rahim tahap pertama. Perasaan ketika itu memang tidak dapat digambarkan, tapi apakan daya semuanya sudah tertulis dan saya perlu menerimanya dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Panjang, dekat sini.

Sahizan berkata, sejak disahkan menghidap penyakit itu, kehidupannya sedikit berubah berikutan terlalu banyak berfikir.


Begitupun katanya, dia bersyukur kerana mempunyai seorang suami, Abu Mansor Md Noor,53, yang setia berada di sisi serta anak-anak yang sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya.

Dia yang turut mempunyai seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down berkata, doktor mengesahkan bahawa pembedahan perlu dilakukan untuk membuang rahim bagi menyelamatkan nyawanya.

Pembedahan dijangka akan dilakukan pada bulan Julai ini di Hospital Alor Setar (HAS), namun tarikh sebenarnya masih belum diketahui.

“Sebenarnya, arwah ibu dahulu pun menghidap penyakit sama juga. Mungkin semua ini telah ditentukan. Setakat ini, saya masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa, namum kadangkala berasa sakit pada bahagian pinggang hingga ke kaki,” katanya.



Sementara itu, penderitaan yang dialami Sahizan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang.



Mereka yang berkunjung ke rumahnya baru-baru ini turut menyampaikan cek keseluruhan berjumlah RM1,000 bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan dalam membaiyai kos pembedahan.

Chin Wen ketika ditemui berkata, cek yang diberikan pada hari itu merupakan bantuan segera daripada Kadun dan juga Exco bagi membantu pesakit kronik.



“Bantuan yang diberikan bukan terhenti setakat ini sahaja, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan derma daripada beberapa persatuan bagi membantu pesakit ini.

“Saya berharap agar mereka sekeluarga dapat bersabar dengan dugaan yang diterima dan juga cepat sembuh selepas pembedahan nanti,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/