" Anwar Penghianat ", kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Lantas dari itu hiruk-pikuk terutama anak-anak muda yang bergelar Pemuda Umno seluruh Malaysia menyokong laungan itu.
Hingga hari ini akhbar dan media prima begitu berbangga dengan laungan ' Anwar Penghianat'.
Di Johor dan merata negara terpampang sepanduk dibeberapa laluan ditepi jalanraya utama dengan 'Anwar Penghianat'.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berbangga dengan celaannya diraikan.
Jahanam anak-anak kita dibangku sekolah mempunyai menteri yang berideologi hina-dina. Dihasut-disematkan sekelian pelajar , anak bangsa , kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat dengan budaya primitif.
Apabila diberi ruang untuk meminta maaf dengan sifat kesyaitanan enggan bertolak ansur. Tercela sungguh pemimpin yang mengaku beragama Islam ini.
Jika berlarutan dan tidak diperbaiki, maka anak-anak kita dibawah kawal-selianya lebih dasyat diajar budaya tidak bertamadun dari seorang menteri bermoral tidak senonok .
Beliau sebagai Menteri Pelajaran Malaysia yang saban hari meminta guru-guru dan dan pelajar sekolah bertatsusila dan bersopan santun memberi tauladan sebaliknya. Malunya kita mempunyai menteri yang dianggap idola berperangai hodoh sedemikian.
Kalah di Manek Urai, itu adat pertandingan. Usahlah digadai anak-bangsa apabila keringat disudahi dengan kekalahan. Terimalah kekalahan itu kerana strategi dan penampilan belum diterima pengundi sepenuhnya. Adalah memalukan sebagai anak Johor menampilkan budi perkerti sedemikian. Bangsa jawa dibekalkan peradapan yang tinggi, bukankah begitu Tan Sri ?.
Berpolitik biar dengan peradapannya tanpa serangan peribadi dan mencarca keterlaluan. Mencerca dan menghasut sedemikan rupa ibarat 'Syaitan mengajar anaknya bersholat'.
Tan Sri, maaf dari saya atas melebelkan Tan Sri dengan peribahasa ini . Tetapi jika keegoan Tan Sri berterusan. Kalungan ini amat bersesuaian dengan tan Sri sebagai menteri-pemimpin berperangai dipenuhi sifat hasad-dengki.
Jika benar Anwar Ibrahim penghianat, saluran mahkamah adalah jalan terbaik untuk 'bersemuka'. Tan Sri amat memalukan anak-bangsa Johor.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
23 hours ago