SharpShooter Followers

Thursday, August 13, 2009

Kg Buah Pala tinggal sejarah 1 September?

Operasi untuk merobohkan rumah di Kampung Buah Pala telah ditangguhkan kepada 1 September selepas berlangsungnya rundingan antara penduduk, pemaju dan pihak polis pagi ini.

Rundingan membabitkan pengarah eksekutif syarikat pemaju Numesto Sdn Bhd, Thomas Chan, penduduk dan ketua polis George Town Azam Abd Hamid.

Ia berlangsung selama sejam di pondok polis bergerak berhampiran pintu masuk utama ke jalan tersebut.

Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala C Tharmaraj memberitahu Malaysiakini bahawa penduduk diberi tempoh sehingga 1 September untuk mengosong kawasan tersebut.

Penduduk di situ menyuara rasa lega selepas dimaklumkan oleh Tharmaraj mengenai keputusan terbaru itu.

Bailif mahkamah kemudiannya menyerahkan satu dokumen bertulisan tangan kepada Tharmaraj, meminta penduduk untuk menandatanganinya.

Dokumen tersebut mahukan jaminan daripada penduduk bahawa mereka bersetuju untuk mengosongkan rumah masing-masing pada 1 September depan.

Dokumen itu mahukan jaminan bahawa kerja-kerja perobohan nanti tidak akan dihalang apabila tarikh akhir itu tamat.

Pemimpin Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) RS Thanenthiran, MC Pitchay dan A Vethamurthy telah menandatangani dokumen tersebut sebagai saksi.

Difahamkan bahawa Thanenthiran terbabit dalam rundingan pagi ini.

Sementara itu, Tharmaraj berkata penduduk akan meminta pandangan penasihat undang-undang mereka, Darshan Khaira sebelum memutuskan sama ada akan menandatangangi dokumen itu atau tidak.

Operasi perobohan yang dijadualkan dilancarkan pagi ini dihalang oleh penduduk yang membentuk benteng manusia, dan sekaligus menghalang pekerja terbabit daripada memasuki kawasan kampung tersebut.

Rumah-rumah di situ akan dirobohkan untuk dilaksanakan projek pembinaan kondominum mewah.

Sebelum itu, beberapa buah jentolak memasuki kampung itu untuk operasi meruntuhkan rumah-rumah di kampung itu yang terbabit dalam pertikaian berlarutan sejak April.

Penduduk yang membentuk perisai manusia, juga bertembung dengan unit pencegah rusuhan LSF dalam beberapa pergelutan.

Penduduk mendakwa mereka telah dipukul oleh anggota polis unit berkenaan.

Seorang wanita turut jatuh pengsan dalam pergelutan tersebut.

Najis lembu dilaporkan disediakan di kawasan tersebut untuk digunakan sebagai 'senjata' ke atas pekerja-pekerja syarikat pembinaan.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/