Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta ketua kakitangannya, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya mengenai Jemaah Islah Malaysia (JIM) jika ia tidak wajar dibuat.
Lim berpandangan bahawa JIM bukan sebuah badan ekstremis seperti yang disebut oleh Jeff terhadap salah seorang ahli jemaah tersebut, juga juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.
Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali - ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSC) di bawah MPPP - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.
Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Kenyataan Jeff itu turut dibantah oleh gabungan 27 NGO Islam yang mengemukakan memorandum semalam menuntut ahli parlimen Jelutong itu memohon maaf.
Angkatan Muda PKR Pulau Pinang juga turut menyerahkan memorandum bantahan yang sama ke pejabat ketua menteri hari ini.
Manakala, dalam kenyataan hari ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga berasa tidak wajar bagi Jeff Ooi mengheret JIM dalam pertelingkahannya dengan Mohd Razali.
Oleh itu, Setiausaha DAPSY negeri itu, Ng Wei Aik meminta perselisihan faham di antara Jeff dan JIM ditangani segera.
Ng berkata, DAPSY berpendapat JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis dan pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi.
"Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat," kata Ng yang juga setiausaha politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
2 hours ago