Adakah umno hanya mementingkan orang Melayu umno lebih dari agama Islam? Selagi tidak sentuh orang umno maka pemimpin umno membisu seribu bahasa?
Tetapi saya tidak hairan mengapa umno terus membisu sebab mereka pun sama sepusat sepusing dengan Jeff Ooi dan Loke Siew Fook dalam isu mempertikai Syariat Islam (Hukum Hudud.)
Mengapa Shabudin Yahya yang masih menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang (MAIPP) terus membisu kaku. Tidakkah beliau sensitif bila Jeff Ooi menghina Islam?
Begitu juga dengan Ketua Pembangkang P.Pinang dato' Azhar, mengapa diam membisu terkunci seribu bahasa?
Jawabnya mudah... semasa umno menang 14 kerusi dun di P.Pinang pada tahun 2004, umno adalah majoriti berbanding dengan gerakan dan mca. Masa itu pun umno tergamak serah kerusi Ketua Menteri P.Pinang pada Ustaz Koh Tsu Koon, inikan pula nak sensitif tentang Islam. Jauh panggang dari api.
Nak harap bela melayu pun terterap inikan pula nak harap bela Islam. Tenggelam lah jawabnya.
Saya tabik spring dekat YB Hj Malik Kassim selaku Exco Agama. Beliau berani keluarkan kenyataan kepada Jeff Ooi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/